Abang ni sporting tunjuk step by step cara potong ayam sebenar. Walaupun pun hari hari masak lauk ayam tapi ramai sebenarnya tak tak tahu cara nak potong ayam.
Kadang-kadang terpaksa beratur lama untuk tunggu ayam dipotong bila beli di pasar raya.
Jadi elok juga jika kita belajar cara potong ayam. Caranya boleh ikut perkongsian peniaga ayam Krboyy Asnizam II.
Cara potong ayam basic, potong 14
Hari ini nak ajar cara amatur potong ayam, potong 14. Potong basic untuk peniaga ayam macam saya. Tapi sebelum potong pastikan beberapa perkara;
- Ayam dah disembelih
- Pisau tajam, kalau besar dan berat sikit lagi bagus. Kalau takde pisau besar, carilah batu lesung utk hentak sikit kat pisau nanti.
1. Potong bahagian belakang ayam, antara tulang belakang dan peha.
2. Dah potong, tarik ayam hingga jadi dua bahagian. Ambil bahagian kaki macam ni dan potong dua.
3. Ini hasilnya.
4. Potong antara bahagian peha dan tight di bahagian sendi.
5. Potong 2 bahagian tight.
6. Ambil ayam bahagian atas pula dan tarik keluar isinya. Kosongkan.
7. Potong jadi 2 bahagian.
8. Ambil bahagian kepak tadi dan potong. Bahagian ini banyak isi. Untuk mudah potong, kelar dulu ikut saiz yang diingini, kelar sampai tulang dalam. Dah kelar barulah hentak sikit supaya ayam mudah putus. Ulang proses ini bahagian kepak satu lagi.
Selamat mencuba.
BACA JUGA :
Miliki kekayaan RM890 Juta, ini rupanya pemilik superyacht gergasi yang lalu sungai Perlis
‘Seksi sangat ni Lailer’ – netizen jadi tak keruan tengok Riena sambut new year
Pasangan khalwat terkencing ketakutan depan muka Pegawai Jabatan Agama