Baru 2 hari, Wisma Jakel terbakar lagi. Gedung perniagaan tekstil Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 di sini terbakar lagi dalam kejadian awal pagi tadi.
Kebakaran di bangunan Wisma Jakel itu membabitkan satu bilik simpanan kain langsir berkeluasan 2.78 meter persegi (30×40 kaki persegi) di tingkat tiga.
Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 12.40 tengah malam tadi.
Seramai 43 pegawai dan anggota dari enam Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) digerakkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.
Api berjaya dikawal daripada merebak pada jam 1.45 pagi sebelum kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.07 pagi.
Kebakaran bagaimanapun tidak membabitkan sebarang mangsa.
Norazam berkata, kerja untuk memastikan api padam sepenuhnya sedang dilakukan pihaknya ketika ini.
Kelmarin, premis sama dilaporkan terbakar 80 peratus, dipercayai akibat litar pintas, memusnahkan bahagian dalam bangunan.
BACA JUGA :
Lelaki dari Terengganu jual janin biawak, ratu anai-anai untuk sara hidup
Kecoh wanita tolak budak umur 3 tahun jatuh landasan tren
Pak Azad dipuji mahir dandan rambut panjang anak, “macam tokei saloon”