Kontrak lembaga pengarah Finas dah tamat, Zed Zaidi sedih tak dapat bantu artis

Oleh GEMILANGDAILY

Kontrak lembaga pengarah Finas dah tamat, Zed Zaidi sedih tak dapat bantu artis. Akibat penamatan kontrak sebagai ahli lembaga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada 16 Disember lalu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi tampil meminta maaf kepada seluruh penggiat seni.

Menurut Zed Zaidi, dia tidak sempat untuk berbuat apa-apa kebajikan kepada penggiat seni berikutan kontraknya bersama Finas telah tamat. Tambah Zed Zaidi, pelantikannya sebagai ahli lembaga sebelum ini bukan berdasarkan politik tetapi berdasarkan industri.

Saya terkilan sebab saya tak sempat nak buat macam-macam benda untuk industri bila duduk dalam Finas itu terlalu singkat. Ia antaranya seperti had masa bekerja, gaji minima, kontrak standard, penambahbaikan dan macam-macam lagi pangkalan data untuk penggiat seni.

Kontrak lembaga pengarah Finas dah tamat, Zed Zaidi sedih tak dapat bantu artis

Jadi saya berharap pelantikan selepas ini biarlah dikalangan mereka yang tahu peranan sebagai ahli lembaga yang menbawa hala tuju industri ini ke tahap mana, serta garis panduan dan dasar yang relevan.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim memberitahu, enam ahli lembaganya iaitu Zed, Ahmad Ibrahim, Datuk A. Aida, Shures Ratnakrishnan, Datuk Seri Rosmadi Ismail dan Adam Ham Kou Kee ditamatkan perkhidmatan biarpun belum setahun berkhidmat dengan mereka.

Penamatan itu berikutan perubahan kerajaan yang menyaksikan portfolio Kementerian Komunikasi dan Multimedia diberi nama baharu kepada Kementerian Komunikasi dan Digital diterajui oleh Menteri, Fahmi Fadzil.

BACA JUGA :

Lelaki dari Terengganu jual janin biawak, ratu anai-anai untuk sara hidup

Kecoh wanita tolak budak umur 3 tahun jatuh landasan tren

Pak Azad dipuji mahir dandan rambut panjang anak, “macam tokei saloon”