Kru airport maut kena sedut dengan enjin kapal terbang

Oleh GEMILANGDAILY

Kru airport maut kena sedut dengan enjin kapal terbang. Seorang kru darat syarikat penerbangan American Airlines terbunuh selepas ‘disedut’ masuk ke dalam enjin sebuah pesawat yang berada di lapangan terbang dalam kemalangan ngeri di negeri Alabama, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) berkata, kakitangan terbabit meninggal dunia ketika enjin pesawat masih hidup di Lapangan Terbang Wilayah Montgomery, Sabtu lalu.

Agensi tersebut telah memulakan siasatan bagi mencari punca kejadian dan berkata bahawa laporan awal dijangka dikeluarkan dalam masa dua hingga tiga minggu lagi.

Kru airport maut kena sedut dengan enjin kapal terbang

Menurut Pengarah Eksekutif lapangan terbang tersebut, Wade Davis, insiden berlaku sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan), Sabtu lalu.

Mangsa merupakan kakitangan Piedmont Airlines, yang merupakan anak syarikat Kumpulan American Airlines.

“Kami amat sedih mendengar berita kehilangan tragis seorang pekerja American Airlines atau Piedmont Airlines.

“Kami berdiri teguh bersama ahli keluarga mangsa untuk mengharungi waktu sukar ini,” katanya.

Sementara itu, American Airlines turut meluahkan rasa sedih atas kemalangan itu dan menyatakan bahawa syarikat tersebut akan memberikan bantuan diperlukan oleh semua pihak terlibat.

BACA JUGA :

Jawatan kosong di bangunan sama dengan PM-10, mohon sekarang

Danial Zaini tinggalkan Era FM selepas 5 tahun

Kak KM buat aksi lucah depan anak undang kemarahan netizen