Tips elak tanaman kena serang serangga, guna air ini sahaja

Oleh GEMILANGDAILY

Tips elak tanaman kena serang serangga, guna air ini sahaja. la tanaman diserang serangga memang pening kepala dibuatnya kerana pelbagai cara sudah dicuba tetapi tidak menjadi. Lebih menyedihkan jika itu merupakan tanaman pertama dan sudah tentunya anda berharap ia kekal subur.

Untuk mengelakkan anda bersedih melihat tanaman mati, berikut kami kongsikan semburan serbaguna yang boleh dicuba untuk pastikan tanaman tidak diserang serangga. Mudah dan jimat!

SEMBURAN SERBAGUNA ELAK TANAMAN DISERANG SERANGGA

Tips elak tanaman kena serang serangga, guna air ini sahaja

Saya nak share cara saya buat DIY kawalan serangga dan kegunaan air basuhan beras. Ini semua saya buat bila saya free. Saya simpan dalam suhu bilik. Petang atau pagi boleh spray. Memang hasilnya berbaloi. Pokok-pokok sihat dan tak kena serang.

– Untuk air rebusan bunga cengkih, boleh guna 4 sudu makan bunga cengkih dan rebus dengan 1.5L air biasa.

Tips elak tanaman kena serang serangga, guna air ini sahaja

– Dah mendidih, tutup api dan sejukkan. Kemudian tapis dan boleh masukkan ke dalam botol spray dan spray ke daun-daun yang bermasalah terutamanya kerinting dan diserang bena, whitefly serta hawar pucuk minor.

– Air basuhan beras lebih kepada baja semulajadi. Peram selama 24 jam dan esoknya siram pada pokok.

Tips elak tanaman kena serang serangga, guna air ini sahaja

– Cuka kayu pula, campurkan 5ml cuka kayu & 1.5L air biasa. Spray pada daun yang bermasalah juga. Digalakkan spray pada waktu petang.

Tips elak tanaman kena serang serangga, guna air ini sahaja

– Baja yakult telur. Sediakn sebotol yakult dan dua biji telur ayam. Pecahkan telur, masukkan yakult dan kacau sehingga kembang.

– Peram dalam suhu bilik selama 3-7 hari. Selepas tempoh tersebut, dah boleh guna. Ambil 5ml baja yakult +1L air biasa dan sembur pada daun. Sesuai digunakn pada waktu pagi seminggu sekali.Untuk pokok berbunga dan berbuah.

Tips elak tanaman kena serang serangga, guna air ini sahaja

BACA JUGA :

Kru airport maut kena sedut dengan enjin kapal terbang

Jawatan kosong di bangunan sama dengan PM-10, mohon sekarang

Danial Zaini tinggalkan Era FM selepas 5 tahun