Catat sejarah, ini gadis transgender pertama kena hukuman mati

Oleh GEMILANGDAILY

Catat sejarah, ini gadis transgender pertama kena hukuman mati. Seorang wanita transgender bakal menjadi transgender pertama yang akan menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat (AS) kecuali dia diberikan pengampunan.

Amber McLaughlin, 49, akan menjalani hukuman mati dengan suntikan maut di Missouri pada Selasa, lapor Agensi Anadolu memetik Associated Press.

Pada 2003, McLaughlin yang dulunya dikenali sebagai Scott McLaughlin didakwa merogol dan menikam bekas teman wanitanya sehingga mati dan membuang mayat wanita itu di St Louis berhampiran Sungai Mississippi.

Catat sejarah, ini gadis transgender pertama kena hukuman mati

Peguamnya, Larry Komp sudah mengemukakan petisyen kepada Gabenor Missouri, Mike Parson untuk mendapatkan pengampunan.

McLaughlin yang menjadi transgender ketika berada di dalam penjara dikatakan pernah melalui zaman kanak-kanak yang traumatik serta mempunyai masalah kesihatan mental dan pernah cuba membunuh diri beberapa kali, menurut petisyen pengampunan.

BACA JUGA :

Kru airport maut kena sedut dengan enjin kapal terbang

Jawatan kosong di bangunan sama dengan PM-10, mohon sekarang

Danial Zaini tinggalkan Era FM selepas 5 tahun