Sol dan Ira: ‘Ulasan Sajat paling bernas!’ – Netizen

Oleh GEMILANGDAILY

Sol dan Ira: ‘Ulasan Sajat paling bernas!’ – Netizen. Syamsul Yusof yang akhirnya mengaku beliau telah berkahwin dengan Ira Kazar telah mendapat perhatian ramai dan isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana turut telah mengeluarkan kenyataan tentang perkahwinan tersebut.

Ketika ramai yang memberi memberi pandangan pelbagai tentang perkahwinan tersebut, ulasan Sajat tentang isu itu menerima pujian selepas dia ditanya untuk memberi pendapat.

Menurut Sajat, dia tidak menyokong mana-mana pihak dan menasihatkan orang ramai untuk tidak masuk campur urusan keluarga dan berkata perkara seperti ini perlu diselesaikan oleh mereka sendiri dan bukannya dibantu netizen.

@sajjadlegacy♬ original sound – sajjadlegacy

“Kita tak payah masuk campur, yang kahwinnya mereka. Kahwin dua kahwin tiga ke bukan perkara baharu. Itu urusan keluarga mereka dan biarlah mereka selesaikannya dengan elok. Doakan yang baik-baik lebih afdal daripada kita nak bagi pendapat. Sebab kita ni tidak berada di tempat mereka,” kata Sajat.

“Dalam Islam pun menghalalkan benda itu. Cukup make it easy. Kamu tak perlu sibuk hal orang. Dia tu selebriti sebab itu orang ambik perhatian. Tak payah sibuk hal orang, kita doa yang baik-baik sahaja,” tambahnya lagi.

Sol dan Ira: 'Ulasan Sajat paling bernas!' - Netizen

Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji ulasan daripada Sajat dan bersetuju supaya semua pihak untuk beri ruang kepada Syamsul dan Puteri Sarah untuk selesaikan perkara itu.

“Pandai Sajat ulas. Kita memang tak perlu komen bukan-bukan. Biarlah keluarga mereka yang selesaikan. Kita jaga family kita sudah,” komen salah seorang netizen.

BACA JUGA :

Akhirnya Bung Mokhtar letak jawatan

Pelajar tingkatan 4 ditahan kes dadah RM1.4 juta

Suami Fateen Afeefa akui ‘Lovebite’ dari Fateen lazat