Nora Danish minta beri peluang, ‘tiada ibu nak anak buat buruk’. Baru-baru ini, pelakon jelita Nora Danish memuat naik sebuah hantaran di Instagram Storiesnya (IGS) menyatakan bahawa tiada ibu bapa yang menginginkan anak melakukan keburukan.
Kata Nora, setiap ibu bapa menyayangi anak sehingga sanggup menjadikan nyawa sebagai taruhan untuk memastikan anak-anak hidup lama dan bahagia.
“Tiada mana-mana bapa yang inginkan anaknya melakukan keburukan begitu juga dengan ibu. Jikalau boleh dibuat pilihan, atau jika nampak apa akan terjadi pada masa hadapan, jangan kata nak dapat anak, nak berkahwin pun tidak.
“Kita semua sedia tahu, sayangnya ibu bapa kepada anak itu sehingga kalau boleh sangguplah digantikan nyawanya, asalkan anak kita hidup lama dan bahagia,” ujarnya.
Malah, Nora sempat menitipkan pesan kepada individu bergelar anak untuk tidak meletakkan ibu bapa dalam situasi buruk dan sebagai anak perlu tahu menilai baik dan buruk.
“Sebagai anak kita ni patut tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Don’t put them in a difficult situation,” luah Nora.
Susulan itu, tidak memetik mana-mana nama, Nora meminta untuk orang ramai memberi ruang kepada mereka yang berdepan kemelut sebegini.
“I think we should now give them space. Jauh lagi perjalanan kita semua. Nauzubillah min zalik. Semoga Allah menjaga hati, mulut, mata dan perasaan kita agar sentiasa melihat, mendengar dan mendoakan yang baik-baik,” tutupnya.
Bukan itu sahaja, menerusi hantaran lain, Nora berpendapat bahawa kenyataan seperti ‘bini lawa pun cari lain’ perlu dibuang kerana setiap wanita mempunyai kecantikan tersendiri.
Lagi, Nora menganggap ujian yang ditimpa seseorang itu adalah kerana mereka hebat dan mampu untuk menghadapinya.
“Dugaan Allah bagi pada mereka yang hebat adalah lebih hebat. We just see it that way ok,” katanya lagi.
BACA JUGA :