Hadi kata ini kerajaan ‘berkepala besar’, bukan kerajaan perpaduan. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa kerajaan yang terbentuk ketika ini ‘berkepala besar’ bukannya Kerajaan Perpaduan.
Menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa, Abdul Hadi berkata, konsep sebenar Kerajaan Perpaduan adalah tiada pembangkang atau pembangkang terlalu kecil dan tidak bermaya.
“Jika pembangkangnya sangat besar, jadilah kerajaan itu berkepala besar bukannya Kerajaan Perpaduan.
“Jika kepalanya terlalu besar lebih besar daripada jasadnya, maka kemungkinan jatuhnya itu lebih mudah,” katanya dalam catatan di ruangan Minda Presiden.
Menjelaskan lebih terperinci mengenai konsep perpaduan, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, konsep perpaduan adalah bersatu atas titik persamaan sahaja dan bertasamuh (bertoleransi) dalam perbezaan dan kelainan yang mengikut garis sempadannya.
Menurut Abdul Hadi lagi, sekiranya ciri-ciri berkenaan tiada, maka ia tidak dinamakan sebagai perpaduan.
Malah katanya, Islam menolak daripada bersatu dan bekerjasama dengan kumpulan haram.
Bersatu teguh, bercerai roboh, menjadi satu kata-kata yang terkenal dalam kalangan masyarakat umum.
Dalam sebuah kisah Arab pada zaman jahiliah yang rakus berperang, diceritakan ada seorang lelaki tua Badwi memanggil beberapa orang anak lelakinya untuk memberikan wasiat sebelum dia meninggal dunia. Setiap orang daripada mereka diminta agar membawa ranting kayu.
Apabila mereka datang menemuinya dan mengumpulkan ranting-ranting di hadapannya, dia terus membahagikan setiap orang dengan sebatang ranting sahaja. Kemudiannya, disuruh masing-masing supaya mematahkannya. Maka, ranting kayu itu dapat dipatahkan dengan mudah sahaja.
Seterusnya, dia mengumpulkan beberapa ranting kayu dan diikat menjadi seberkas kayu. Lalu, diminta tiap-tiap orang anaknya agar mematahkannya dan mereka semua tidak berjaya mematahkannya sekalipun dilakukan sepenuh tenaga.
Si bapa menegaskan kata-katanya:
“Begitulah, sekiranya kamu semua berpecah dengan membawa diri masing-masing, nescaya kamu akan menjadi lemah dan dapat dipatahkan dengan mudah oleh musuh. Sekiranya kamu bersatu hati, nescaya kamu kuat dan tidak boleh dikalahkan sama sekali.”
Demikianlah, perlunya penyatuan dan perpaduan dalam kehidupan yang banyak cabarannya kini. Namun, contoh yang berlaku pada zaman jahiliah adalah tidak berlandaskan prinsip yang sebenar, tanpa mengira antara kebaikan dengan kejahatan, benar dengan salah, betul dengan sesat.
Islam melaksanakan konsep penyatuan dan perpaduan yang menyeluruh dalam segala aspek, dan melibatkan seluruh manusia bukan sahaja umat Islam. Selain itu, Islam juga menegaskan rukun dan syarat penting yang menjadi ciri-ciri penyatuan dan mewujudkan perpaduan.
Apabila satu sahaja daripada salah satu cirinya salah, nescaya berlaku kesilapan yang pasti membawa akibat yang buruk seperti niatnya tidak ikhlas, cara yang salah dan matlamatnya adalah berbentuk kemungkaran. Oleh itu, konsep perpaduan dan saling bertolongan ke arah yang salah itu bertukar menjadi berdosa dan akan menyebabkan kesengsaraan. Hal ini dinyatakan oleh firman Allah SWT:
BACA:
Ramai terkejut rupanya Zarina Anjoulie cucu kerabat diraja, siap bawa kekasih datang jumpa
Isteri PU Abu geram dengan Hana Azraa – “cukuplah 4 tahun, jangan rosakkan mental saya lagi”