Kejam! Mayat dikerat 6 bahagian ditemui tepi lebuhraya PLUS. Mayat dipotong kepada enam bahagian dan disumbatkan ke dalam bagasi ditemui di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur Rawang Selatan arah utara di sini, 2 petang, hari ini.
Menurut sumber, ketika ditemui, bahagian badan mangsa didapati berada di atas rumput berhampiran beg berkenaan.
Mangsa dipotong sebelum disumbatkan ke dalam bagasi.
“Bagaimanapun identiti mangsa masih gagal dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa,” katanya.
Menurutnya, setakat ini polis mengesyaki mangsa adalah lelaki warga asing berdasarkan siasatan awal dilakukan.
“Susulan penemuan mayat itu, sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat berkenaan.
BACA:
Senarai buah-buahan paling mahal dalam dunia, nombor 4 paling tak sangka
Gadis cantik ini cari calon suami – “semua belanja saya akan tanggung”
Kecoh individu jemur perut babi di ampaian flat, “saya ingat air coklat menitis” – Jiran