Amaran keras dari MeT Malaysia: Hujan lebat berterusan sehingga rabu. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) petang ini (24 Januari 2023) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah hingga Rabu ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan daerah yang terbabit di Johor ialah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah, daerah yang terbabit ialah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).
Agensi itu turut menjangkakan hujan lebat berterusan tahap buruk hingga Rabu di Pahang (Pekan dan Rompin); Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian); Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu) di Sarawak serta Pedalaman Sabah (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu).
Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Rabu juga turut dikeluarkan membabitkan Pahang (Maran, Kuantan dan Bera); Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin); dan Melaka.
Di Sarawak ia melibatkan; Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi), manakala di Sabah, melibatkan kawasan Sandakan (Tongod).
Pada masa sama, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dengan kelajuan antara 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj), manakala ombak setinggi 4.5 meter di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga Ahad (29 Januari).
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori tiga (60kmsj) dan ombak (4.5 meter) dijangka di kawasan perairan Condore, utara Bunguran, barat laut Reef North sehingga Ahad. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
MetMalaysia juga mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori dua (50-60kmsj) dengan ombak 4.5 meter dijangka di perairan selatam Samui, Tioman, selatan Bunguran, barat daya Reef North, dan utara Reef South sehingga Ahad.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Selaim itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama (40-50kmsj) dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka di kawasan perairan timur Reef North, selatan Reef South, Layang-Layang, Labuan, Palawan sehingga Ahad, 29 Januari 2023.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
BACA:
Kembang tekak tengok staff 7-eleven keringkan mop lantai dengan Microwave