Lama diamkan diri sejak kes anaknya, Kazar akhirnya berani munculkan diri

Oleh GEMILANGDAILY

Lama diamkan diri sejak kes anaknya, Kazar akhirnya berani munculkan diri. Ramai pihak terkena tempias terutama ahli keluarga sejak rumah tangga pengarah, Syamsul Yusof dan pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar menjadi kontroversi di media sosial.

Antara yang turut menerima tempias adalah aktor senior, Kazar Saisi yang juga bapa Ira.

Lama mendiamkan diri sejak kes anaknya, Kazar telah memuat naik semula video berkenaan ‘karma’ yang dihadapi kereta di dalam video yang dikongsikan di Instagramnya.

Lama diamkan diri sejak kes anaknya, Kazar akhirnya berani munculkan diri

Di akhir penulisannya, dia seakan muhasabah diri dengan mengatakan mungkin juga kita sedang menghadapi kifarah dan mudah-mudahan kita semua diberika keredaan yang ikhlas.

Bagaimanapun, kiasan yang dibuat Kazar tidak dapat dipastikan tujuannya dan mungkin menulis kata-kata motivasi untuk dirinya sendiri.

Sebelum ini, nama Kazar Saisi atau Kazaruddin Saisi telah terpalit sama dalam masalah rumah tangga yang dihadapi Syamsul apabila menjadi wali pernikahan untuk anak perempuannya, Ira dengan pengarah tersebut di Thailand.

Susulan daripada itu, keluarga Syamsul dilihat tidak dapat menerima Kazar sebagai besannya dan enggan memaafkan keluarga pelakon berkenaan kerana membiarkan menantu mereka, Puteri Sarah berendam air mata.

BACA:

Ini senarai kediaman mewah milik 10 selebriti Malaysia, Neelofa punya paling padu

Ini senarai kediaman mewah milik 10 selebriti Malaysia, Neelofa punya paling padu