Bercinta 4 tahun tapi kahwin dengan orang lain dan cerai lepastu, Ex BF tetap datang lawat baby. Ex-Boyfriend Paling Rare” – Bercinta 4 Tahun Tapi Si Perempuan Kahwin Orang Lain Dan Cerai, Ex Datang Lawat Baby.
Kebiasaannya setiap pasangan kekasih yang putus hubungan akan menjadi susah dan janggal untuk berkawan seperti dulu.
Namun lain pula jadinya dengan kisah ibu muda ini yang diceritakannya melalui akaun twitternya.”Ex-Boyfriend Paling Rare” – 4 Tahun Bercinta Tapi Si Perempuan Kahwin Orang Lain Dan Cerai, Ex Datang Lawat Baby
Serious la EX boypren aku paling latest sebelum aku kahwin datang lawat tengok anak aku 😂 Ex terbaik ni 😂 Bercinta dengan dia 4tahun lebih.
Pastu aku putuskan dia . Aku kahwin dengan bestfriend aku yang aku kenal 4tahun lebih , pastu aku dicerraikan.
Semalam aku kacau la dia.
“Weh takpalah kalau kita takda jodoh, kau buat anak perempuan, aku jadi mak mertua terbaik untuk anak kau”.
Hahahahahahaha. Tak dapat jaga bapaknya , biar anak aku jaga anaknya hahahahaha.
Masa dia dapat tahu aku nak kahwin , dia kata dia depress kejap and sampai makan tak kenyang. Mandi tak basah, pastu nak isi minyak motor dah bayar tapi tak isi. Dalam otak asyik cakap “Biar padan muka Erin”.
“Ex-Boyfriend Paling Rare” – 4 Tahun Bercinta Tapi Si Perempuan Kahwin Orang Lain Dan Cerai, Ex Datang Lawat Baby
Sekali termakbul la 😂 Memang padan muka aku jadi janda 😂
Tapi masa dia tahu perkahwinan aku hanya tahan 3 bulan and aku dicerraikan talak 3 , sikit pun dia tak ejek . Aku dapat DM dari dia , dia kata
“Assalamualaikum. Sabar Erin. Ni dugaan kau. Jangan sedih Kau kena bangun, kuat untuk anak kau. Pasti ada hikmahnya”
Dia tak simpan dendam katanya. Aku pun sama. Aku doa dia dapat wanita yang ikhlas mencintai dia satu hari nanti. Dia lelaki yang baik. Dia tak pandai bagi ayat manis surprise2 macam laki lain, tapi dia cinta orang dengan sangat tulus.
Biarlah yang lalu kekal berlalu. Aku dan dia sekarang kawan. Dia ada jalan dia, aku ada jalan aku. Allah dah susun cantik perjalanan kami. Segalanya , ada sebabnya dan ada hikmahnya.
Pengajarannya ,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui ” (QS. Al Baqarah : 216)
Yang pelik dan tanya tentang perkahwinan aku yang hanya bertahan 3 bulan. Dah kena cerai talak 3 tapi kenapa dah ada anak ?
Aku kena cerai time early pregnancy. Ex boypren aku ni datang masa aku baru je bersalin. Hari ni anak aku baru umur 5hari 😊
BACA:
Hadi ada masalah kemurungan politik – Penganalisa
Kerana Janna Nick isteri-isteri bekas jurulatih bergaduh, ini ayat yang menjadi punca perkelahian..