Ira Kazar post gambar bara api di media sosial, “hati tengah panas ke tu?” – netizen

Oleh GEMILANGDAILY

Ira Kazar post gambar bara api di media sosial, “hati tengah panas ke tu?” – netizen. Sebelum ini pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof telah buat satu pengakuan rasmi yang dia sudahpun bernikah dengan Ira Kazar secara sah sekaligus menjadikannya isteri kedua.

Selepas berkahwin, Syamsul dan Ira Kazar agak menyepi tanpa sebarang perkongsian di media sosial tidak sama seperti Puteri Sarah iaitu isteri pertama Syamsul.

Terbaru! Setelah sekian lama menyepi, Ira memuat naik satu IG Story menunjukkan dia sedang mebakar ‘marshmello’. Wah! Nampak tenang sangat tu.

Apapun, semoga berbahagia dengan suami tercinta!

Namun siapakah sebenarnya Ira Kazar? Melalui carian Gempak, berikut merupakan biodata wanita yang baru berusia 28 tahun ini:

Ira Kazar post gambar bara api di media sosial, "hati tengah panas ke tu?" - netizen

Tapi pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana Ira Kazar dikenali? Difahamkan, Ira mula mengetengahkan diri dan bakatnya melalui nyanyian dan tarian di media sosial sehingga dia dikenali dan disukai ramai sehingga mempunyai banyak pengikut di Instagram dan TikTok.

Malah, menurut dari pencarian Gempak, Ira juga pernah menyertai uji bakat program realiti Akademi Fantasia 2016 (AF2016). Namun tidak berjaya menjadi finalis program berkenaan.

Bukan itu sahaja, jika diimbau kembali Ira sering dikaitkan dengan kontroversi apabila pernah menjadi tular gara-gara video bergeleknya dengan ghairah di media sosial pada tahun 2016. Video berkenaan menunjukkan Ira yang ketika itu belum bertudung telah bergelek dengan memakai seluar legging ketat sehingga menampakkan bentuk punggungnya yang menggoda.

Bapanya, Kazar kemudian dalam responnya kepada media ketika itu menyifatkan sebagai ia perlakuan biasa bagi seorang remaja yang meningkat dewasa namun turut meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tomohan yang dilemparkan terhadap dirinya yang dianggap seolah-olah tidak tegas dalam mendidik anak.

Tidak lama selepas itu, nama Ira Kazar sekali lagi panas apabila memuat naik foto mencium pipi seorang lelaki di Insta Story miliknya. Dia dikecam teruk dengan perlakuan itu.

Namun Kazar sekali lagi tampil menjelaskan bahawa dia mengenali lelaki tersebut iaitu sepupu Ira. Bagaimana pun tetap akui ia kesilapan anaknya dan bakal menegur supaya ia tidak lagi berulang.

BACA:

Selepas ‘Pulau’, PU Syed gesa konsert Blackpink dibatalkan

Hadi ada masalah kemurungan politik – Penganalisa