Bapa luah terpaksa tahan malu minta bantuan nak bagi anak makan

Oleh GEMILANGDAILY

Bapa luah terpaksa tahan malu minta bantuan nak bagi anak makan. Pasti ada dalam kalangan kita yang sangat terkesan dalam hal ini sehingga terpaksa menebalkan muka untuk meminta bantuan bagi mengisi perut ahli kelaurga dirumah kerana tiada bekalan makanan dan juga wang untuk dibelanjakan.

Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang juga merupakan aktivis masyarakat dikenali sebagai Abam Botak,

Dia telah memuat naik kisah seorang bapa muda yang mengejar van bantuannya untuk memohon sumbangan

Semasa hari pertama kami mengedarkan bantuan makanan, bapa muda ini datang kepada kami berbasikal dalam keadaan termengah-mengah.

Kami tanya kepadanya, kenapa kau tuan?

Bapa luah terpaksa tahan malu minta bantuan nak bagi anak makan

Aku mahu minta bantuan ba tuan. Aku dengar kamu ada bagi bantuan bolehkah bagi aku sedikit untuk anak biniku dirumah.

Tiada apa-apa sudah dirumah kami ni. Tolonglah tuan saya merayu😢😭

Mukanya sangat-sangat memerlukan ketika itu. Dari air mukanya dan bola matanya saya tengok seribu pengharapan diberikan kepada kami.😢😭

Dia cakap dengan kami. Dia dari kampung Bakau. Dia kejar kami dengan berbasikal hingga ke Sundang darat.😢

sajagempak.com – Rumah Kehabisan Makanan, Seorang Bapa Sanggup Tahan Malu Minta BantuanKayuh basikal dari rumah

Apa yang menyebakkan adalah apabila dia mengayuh basikal dari jauh semata-mata menahan malu untuk merayu sedikit sumbangan kerana sudah tiada apa-apa dirumah.

Namun, ia sedikit sedih apabila ketika itu Abam Botak hanya membawa barangan yang ingin diberikan kepada orang yang sudah terlebih dahulu dimaklumkan untuk dibantu.

Walau bagaimanapun, pada keesokan harinya, sumbangan dapat diberikan setelah mereka bertukar nombor telefon.

Nak salam cium tangan sebab terharu
Dalam kenyataan Abam Botak, bapa muda itu berkali-kali mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberikan sehingga mahu mencium tangannya.

Dikesempatan itu, pengguna Facebook turut sempat menititpkan sedikit pesanan agar sentiasa bertawakal dan mengharapkan pembalasan yang baik-baik daripada Allah S.W.T diatas usaha murni ini.

sajagempak.com – Rumah Kehabisan Makanan, Seorang Bapa Sanggup Tahan Malu Minta Bantuan

Semoga cepat berlalu Covid-19 ini
Susulan daripada itu, rata-rata warganet mengakui berasa sebak diatas situasi tersebut. Mereka juga berharap agar setiap apa yang dilakukan oleh Abam Botak diberi ganjaran sebesarnya daripada Maha Pencipta.

BACA:

Lama diamkan diri, Zainal Abidin akhirnya buka mulut isu dua isterinya bergaduh

Selepas ‘Pulau’, PU Syed gesa konsert Blackpink dibatalkan