Kisah hakim izinkan isteri salam suami buat kali terakhir. Rumah, kereta dua buah dan tanah semuanya atas usaha aku. Semua aku yang bayar.
Perkakas rumah semuanya daripada aku, hasil gaji aku. Dia bolehlah beli paip air yang rosak. Kalau pergi bercuti, 90% aku yang tanggung, daripada duit minyak, hotel dan makan. Semua aku.
Bercuti pun atas usaha aku demi anak-anak yang bosan duduk di rumah. Bila aku mintak dia cari duit luar, aku tahu sebab dia mampu, tapi itu jadi punca perbaIahan kami.
Sehingga berhari-hari tidak bercakap. Daripada tahun pertama berkahwin sampai 20 tahun, inilah yang aku tanggung.
Sehingga kerja dia yang bertangguh dengan orang aku yang kena selesaikan beribu-ribu ringgit, demi maruah.
Hutang dengan orang pun banyak. Hutang dengan aku beIas-beIas ribu. Tunggu dapat gaji nak bayar. BeIas tahun dah aku dengar ayat ni.
Bila nak bayar, sebab gaji kecik. Baju raya aku dah beIas tahun tak bagi. Pakaian lain lagi lah tak. Aku yang selalu beli baju-baju dia, tanpa ada terima kasih. Dia benar-benar di zon selesa. Selesa sangat. Dia tak kisah sangat kalau duit takda sama ada untuk dia atau anak-anak.
Tak kisah langsung, sebab baginya aku ada. Kadang- kadang aku menangis sendiri.
Dia tak pernah tanya sama ada aku cukup duit atau tak. Tak pernah sekalipun. Nafkah aku??? RM50 sebulan pun tak dapat. Dahlah buat kerja semua benda lambat.
Balik dari pejabat main game depan tv. Lepas isyak sambung game lagi sambil tengok tv. Kadang-kadang sampai jam 11 atau 12 malam. Bila aku nak duduk dan berbincang, dia bangun. Aku pegang tangan dia, dia mintak lepaskan.
Nak bincang dalam bilik tidur, dia kata penat. Jadi, di manakah nilai aku sebagai isteri pada dia. Nak gurau senda memang taklah.
Dulu-dulu je ada. Akhir-akhir ni, aku semakin tawar hati. Tawar sangat-sangat. Aku dah fed up dengan perkahwinan toksik ini.
Selepas lama memendam Iuka yang tidak sembuh sembuh ini, aku nekad mintak untuk dilepaskan. Aku beritahu kepadanya supaya lepaskan aku dalam keadaan baik. Jangan siksa aku dengan perkara yang aku tak mampu menanggungnya lagi.
Aku ingin lepas dari dosa dalam rumahtangga ini. Aku tak mampu lagi hadapnya. Aku ingin bahagia di hujung usia ini. Aku sungguh tidak mampu. Betapa berdosanya aku, tidak melayannya sebagai suami, lantaran sakit dijiwa yang kian hari kian parah.
Sedih dan terIuka dengan sikapnya yang tidak mahu berubah. Dia merayu aku agar fikir anak-anak. Aku kata, jangan jadikan alasan anak untuk kita kekal dalam perkahwinan ini. Aku akan berterus terang dengan anak-anak sebab mereka dah semakin dewasa dan mereka berhak tahu keadaan ibu dan ayah mereka.
Aku sudah tidak boleh terus berpura-pura, menanggung beban kewangan yang tidak sedikit. Dia tanya aku, apa syarat yang aku nak untuk dia beroleh semula cinta aku. Aku kata, tidak ada apa-apa syarat, aku nak dia lepaskan aku secara baik. Itu sahaja.
Aku telah berhubung dengan peguam aku untuk aku failkan perceraian ini. Habis sahaja PKP, peguam aku akan proceed semua ni dan akan buat surat serahan kepadanya. Aku redha. Perkahwinan ini ada tempoh masa, sama ada berpisah dengan ajaI atau berpisah dengan lafaz.
Daripada aku menanggung derita yang tidak sudah ini, biarlah aku berlepas diri. Dulu aku fikir, lelaki yang baik dan tidak tinggal solat adalah baik sebagai suami. Tapi ternyata aku silap. Itu tanggungjawabnya dengan Allah, tapi diabaikan tanggungjawab sebagai suami.
Aku juga bukan buat keputvsan terburu-buru, lama aku berfikir, bermunajat dikeheningan malam dan mohon petunjuk dari Allah. Semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk aku serta untuk dia juga. Perceraian ini adalah diharuskan sekiranya ia tidak lagi menjadi syurga untuk kita sebagai isteri.
Jangan lihat isu perceraian sebagai semuanya negatif. Ada orang yang bercerai tapi tetap bahagia. Jangan paksa diri kalau tidak boleh meneruskan rumahtangga. Kalau suami dan isteri tidak boleh lagi bersama melalui rumahtangga, maka bercerai itu jalan penyelesaian terbaik.
Jangan kerana sebab anak-anak semata, suami atau isteri, paksa diri untuk telan segala derita dan kepahitan asalkan tidak bercerai. Andai kata segala usaha telah dilakukan, maka bercerailah. Jangan lihat perceraian itu negatif belaka.
Ingat dan sedarilah, walaupun bercerai tapi tetap ada bahagianya juga. Perceraian juga ada positifnya, ia sebagai satu jalan keluar. Bagi yang bercerai anda masih boleh melalui kehidupan dengan bahagia.
Belum tentu dengan mengekalkan perkahwinan anda bahagia dan tidak semestinya orang yang bercerai akan d3rita. Bahagia dan derita letaknya di hati. Kita boleh pilih nak rasa yang mana. Allah berikan panas terik, rupanya ada teduh yang menanti, Allah berikan hujan dan petir, rupanya ada pelangi sebagai ganti. Bersangka baiklah kepada Allah dengan tiap takdir Nya.
Sambungan..
Assalamualaikum kepada semua pembaca. Ini adalah confession aku yang kedua. Susulan daripada yang pertama. Terima kasih kepada semua pembaca yang telah memberi sokongan kepada aku, dengan kata-kata semangat dan tidak kurang juga yang menafikan hak aku, supaya aku redha dan sabar.
Aku simpan semua komen-komen kalian. Aku baca bila aku perIukan kekuatan.
Ada yang Tanya, ke manakah duit suami ku dihabiskan. Dengan gajinya yang kecil, hanya cukup untuk isi minyak keretanya pergi kerja, tu pun kadang-kadang tak cukup, bayar bil api dan air serta astro.
Bil telefon aku yang bayar. Dulu kereta yang dia pakai, dia suruh aku bayar separuh, walaupun aku yang bayar deposit. Tapi sekarang aku dah tak bayar. Dan dia beli barang dapur. Itupun banyak yang aku topup. Tak berkira.
Beli barang basah lebih banyak aku bayar. Duit aku memang banyak untuk keluarga. Anak nak bayar yuran U aku yang kena. Anak nak beli buku, aku juga. Anak nak bayar yuran semester, aku bayar. Anak nak belajar kereta, aku bayar.
Memang aku buat kesilapan semasa awal perkahwinan, dengan aku yang banyak bayar dan beli apa-apa. Beli baju raya anak-anak. Sehingga dia tak beli apa pun. Tapi, sepatutnya beli baju raya untuk aku. Pun tak ade. Bila aku mintak, alasan tak ade duit.
Itu ajelah yang gegendang telinga aku dengar. Sampai naik tepu. Aku? Cuba bergembira, sekadar dusta semuanya, di mata keluarga dan masyarakat. Memang orang lihat kami pasangan yang sangat senang, ideal dan solehah.
Hakikatnya, aku cuba menutup keaiban dia dalam memberi nafkah. Puas sudah aku ulang, carilah duit lebih, buat beberapa kerja untuk tampung kos perbelanjaan yang sangat besar. Tapi, kesudahannya jadi bergaduh. Aku jadi penat.
Jadi sedih dan berendam air mata. Ye, dia tak pernah nak berubah. Malahan semakin menurun. Kalau hari cuti, dia boleh bangun dari tidur jam 10 atau 11 pagi. Aku selalu ingatkan dia, dengan usia dah hampir 50 janganlah bangun lewat macam ni.
Rezeki jadi payah. Anak-anak tengok pun tak elok. Tapi begitu juga. Semasa PKP 2020, dia wfh, hari-hari bangun lewat, sehingga aku rimas. Aku ingat kan dia tentang keberkatan gajinya. Pun sama, tidak berubah. Susahkan.
20 tahun aku telan semua benda ni. Hatta semasa aku umrah, aku doakan dia berubah. Tapi tidak ada. Dia sangat selesa dengan apa yang ada hasil daripada pengorbanan aku dan wang ringgit aku. Dia tak kisah apa pun.
Tak ada ucapan terima kasih mahupun penghargaan untuk aku. Nafkah aku? Ke lautan hindi, tenggeIam di mana entah. Aku selalu ingatkan dia tentang keberkatan gajinya jika memberi nafkah kepada aku. Tapi dia tak bagi juga.
Selepas bertahun-tahun meminta, akhirnya aku penat sendiri. Aku tak lagi merayu dan meminta kepadanya. Biarlah. Dan biarlah ini yang menyebabkan aku jadi tawar hati. Hilang redha, hilang ikhlas, tiada rasa cinta dan sayang lagi.
Dia bunuh jiwa aku dalam senyap. Dia biarkan aku sendiri. Tak pernah dia tanya apa masalah aku sehingga aku diam tidak bercakap. Dia tak pernah tanya aku ada duit atau tidak. Tak pernah. Aku bawa haluan aku sendiri.
Sehingga aku terdetik dalam hati aku 5 tahun yang lepas, kalau dia tanya aku bahagia atau tidak berkahwin dengan dia, aku nak jawab, kalau aku kahwin dengan orang lain mungkin aku lagi bahagia. Tapi dia tak pernah tanya.
Sukarnya aku nak bercakap dengan suami sendiri. Sukar sangat. Bila aku bercakap, dia diam. Tak de respon apa pun. Seperti aku bercakap dengan orang bisu. Allahu sedihnya. Aku nak berkongsi masalah dengan dia, nak ketawa- ketawa dengan cerita apa sahaja dengan dia, tapi aku tak dapat semua tu.
Akhirnya aku memendam rasa sendiri. 10 tahun lepas, sewaktu dia meminjam duit aku, aku tetapkan syarat. Boleh nak pinjam, tapi tolonglah bercakap dengan aku. Tolonglah. Cakaplah apa sahaja. Ceritalah apa sahaja.
Jangan biarkan aku sendiri, diam tidak berteman. Sedihkan, bila isteri yang meminta suami bercakap. Tiada komunikasi. Memang dia bercakap dengan aku, sebab duit sahaja. Berapa lama. Dua minggu sahaja. Lepas tu dia akan diam.
Back to normal. Penat kan. Yang peliknya, aku perhati bila balik ke rumah mertua, dia boleh pulak berbual, bergelak ketawa dengan adik beradiknya, anak-anak saudaranya. kau orang boleh bayang tak apa aku rasa sebagai isteri.
Dan inilah, kesudahannya. Aku telah upah peguam untuk failkan kes perceraian aku selepas 20 tahun bersabar. Dengan dia yang tak pernah berubah selepas aku memberi ruang dan peluang untuknya. Minggu ini aku akan ke mahkamah untuk affidavit bersumpah.
Semua peguam aku yang uruskan. Anak-anak aku dah tahu. Yang bongsu menangis. Memang aku tak kuat bila melihat air mata anak, tapi aku harus kuat untuk diri aku sendiri. Aku nak bahagia. Aku tidak mahu lagi bergeIumang dengan dosa sebagai isteri yang tidak memenuhi kehendaknya.
Aku tidak sanggup lagi mengadapnya Aku harap urusan aku akan selesai secepatnya. Nanti mahkamah akan memberikan tarikh untuk sebutan kes yang pertama. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan. Aku memohon kepada Allah agar aku terus kuat.
Aku dah mintak ampun dan maaf kepada suami kerana terpaksa berundur kerana keadaan ini tidak memungkin lagi aku meneruskan kehidupan bersamanya. Mungkin tempoh masa perkahwinan kami sampai di sini sahaja. Semuanya telah tetap semenjak azali. Buat semua kawan-kawan di sini, doakan aku kuat. InsyaaAllah…
Sambungan lagi..
Assalamualaikum semua. Ku kumpulkan segala kekuatan daripada doa dan mesej-mesej netizen. Aku baca bila aku rasa sedih, down dan hilang arah. Aku berbelah bagi mengambil tindakan pada diri sendiri.
Betul ke apa yang aku akan buat ini. Aku melihat anak-anak yang sedang membesar di hadapan aku. Mereka perIukan kasih sayang aku sebagai ibu dan suami sebagai ayah. Tapi aku juga perIukan kebahagiaan untuk diri aku sendiri.
Perlu ke aku bertahan demi anak, sekalipun aku tidak bahagia dan berselubung dosa. Allahu…. Aku solat istikharah. Solat hajat setiap masa. Aku mohon Allah bagi aku kekuatan. Allah permudahkan urusan aku dan Allah tenangkan jiwa aku.
Setelah aku mengumpul seluruh kekuatan jiwa, emosi dan segalanya, maka aku teruskan kaki. Melangkah pagi itu ke mahkamah syariah. Bersama debaran. Aku pergi berasingan dengan suami aku. Tiga hari sebelum itu aku ajak suamiku berjumpa di luar.
Aku luahkan segalanya. Dia mintak aku fikir demi anak-anak. Aku kata, ye aku fikir anak-anak, tapi aku juga berhak bahagia. Aku beritahu kepadanya, sikap diamnya itu kepada aku telah membunuh jiwa aku. Dia menyiram racun ke dalam hati aku sehingga hati aku mati sedikit demi sedikit untuknya.
Bersama deraian air mata. Ye aku sedih. Sedih diperlakukan begitu. Nafkah aku tidak diberi. Tidak dihiraukan. Tidak bercakap dengan aku. Semuanya menjadi pedih dan Iuka di hati aku. Aku mengingatkan kepadanya akan tarikh untuk majlis sulh di mahkamah nanti.
Dan peguam aku telah memaklumkan, sekiranya tidak kata sepakat di majlis sulh nanti, dan jika ada kamar kosong, maka boleh diteruskan ke prosiding. Suami ku sedih. Dia tidak menjangka yang aku akan bertindak sejauh ini.
Dulu, bila aku ulang-ulang masalah tiada komunikasi, dia hanya salahkan aku. Tidak ada jalan selesai. Ego. Aku menangis sendiri. Dia biarkan aku bersendirian. Berminggu-minggu dia diam dengan aku. Ye… aku sabar.
Sabar dalam tangisan. Senyum dalam duka. Tiba hari yang dinantikan. Peguam aku telah menunggu kami di mahkamah syariah.. Suami ku telah tiba awal lagi. Aku duduk berjauhan dengannya. Debaran kencang bercampur sebak berlegar di dalam ruang hati ku.
Pegawai sulh memanggil kami berdua. Tuan Haji bertanya kepada suami ku berkenaan tuntutan yang dibuat oleh ku. Dan adakah suami aku mengaku salah. Ye dia mengaku salah dia. Dan adakah dia bersetuju untuk bercerai.
Suami aku menyatakan dia tidak setuju. Tuan haji memaklumkan kepada kami, bahawa perceraian bukanlah satu dosa jika sekiranya perkahwinan tidak lagi bahagia. Bila berpisah kita akan ingat tanggungjawab apa yang belum kita tunaikan pada isteri.
Pegawai sulh tanya adakah aku nak berbaik semula. Aku tekad jawab, tidak. Setelah 20 minit berlalu, pegawai sulh merekodkan kes kami dan terus dibawa ke bilik bicara. Kami menunggu hakim. Air mata aku laju menitis.
Sebak bergoncang di dada aku. Terasa lemah. Jantung aku terasa terhenti seketika apa bila di hadapan hakim. Hakim tanya suami aku terlebih dahulu, adakah dia setuju untuk bercerai. Dia jawab tidak. Aku minta kepada hakim untuk bersalam dengan suami buat kali terakhir.
Hakim izinkan. Aku pegang tangannya sebagai suami, yang akan berakhir beberapa detik sahaja lagi. Aku mohon maaf dan ampun atas segala salah dan dosa ku. Tangannya sejuk ku pegang. Hakim tanya aku jika sekiranya aku ingin tempoh seminggu lagi.
Suami aku juga mintak tempoh seminggu. Hakim tanya lagi aku, adakah aku setuju. Perasaanku berkecamuk di kamar hakim. Antara peluang kedua atau teruskan. Dengan segala tekad dan kekuatan aku minta supaya teruskan.
Dengan dua kali lafaz kerana tersekat-sekat, akhirnya lerailah ikatan perkahwinan aku selama 20 tahun. Lafaz telah memisahkan aku dan suami. Jodohku setakat ini sahaja, telah tersurat di dalam azali.. Allahu. sesungguhnya aku tidak kuat.
Aku menangis melihat langkah suami aku beredar dari kamar hakim. Sebak sangat. Berlinang dan mencurah-curah air mata ku. Kami berpecah. Aku meneruskan tangisanku di sebalik tiang konkrit mahkamah. Ya Tuhan, berikan aku kekuatan.
Aku melangkah dengan longlai. Bermain di minda ku, kenangan lama dengannya dan anak-anak . Semuanya seperti filem lama yang dimainkan semula. Sungguh aku sedih kerana ini akhirnya yang terjadi. Terasa lemah.
Berderai air mata aku sewaktu suami melafazkan cerai taIak satu.. Musnahnya rumahtangga yang ku bina selama ini. Yang ku pertahankan selama ni. Yang ku usahakan supaya kekal. Yang ku doakan di hadapan kaabah.
Hilang semuanya angkara ego suami ku. Aku pasrah dalam derita. Menyerah setelah tidak lagi mampu ku hadap. Sungguh aku sedih kerana ini akhirnya yang terjadi. Aku terus memandu dalam tangisan berjurai. Sedihku tidak terhenti.
Aku hantar location kepada group wasap aku dan ana-anak dengan sedikit kata-kata. Agak senja aku sampai di rumah. Suami aku tidak berhenti call aku dan mesej untuk ajak berbaik semula. Bercerai pagi petang nak rujuk. Ingat main pondok ke. Allahu suamiku.
Suami aku masih di rumah ini. Aku beri masa untuknya beberapa hari supaya dia boleh cari rumah sewa atau balik ke rumah ibunya. Aku harap dia tidak lama di sini. Setiap masa bermesej dengan aku, mintak rujuk semula dan berjanji akan berubah dan memenuhi kehendak aku.
Kesedihan aku bersambung lagi di rumah. Anak bongsu aku mengamuk. Menangis. Baling kerusi. Bertempik. Bengkak mata. Anak kedua aku terkejut. Menangis. Allahu. Aku tidak kuat demi Allah. Semalaman aku menangis. Sedih.
Kadang-kadang aku harus kuat. Anak tidak boleh membuat keputusan untuk aku. Aku memang kena tabah dan sangat kuat. Kini aku dalam tempoh iddah. Hakim senang memutuskan iddah aku kerana aku sudah 5 bulan tidak bersama suami.
Untuk semua pembaca dan netizen yang memberi kata-kata semangat untuk aku, inilah doa daripada kalian semua yang meminta aku move on. Aku minta doa siang dan malam. Dan inilah yang Allah berikan pada aku.
Terima kasih buat semua sahabat di Confession ini. Ku kutip semangat dan doa daripada kalian semua. Ku bina semula kehidupan baru aku selepas ini bersama anak-anak..
Doakan kejayaan anak-anak aku dalam kehidupan mereka, semoga mereka tabah hadapi semuanya. Aku juga berharap akan ada sinar untuk aku selepas ini. Terima kasih semua sahabat. Hugs… – JIWA LARA (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet
Mudarrisah AmatulLah : Cukuplah menangis puan. Dah lama puan menangis, kan? Allah dah melepaskan puan dari kehur-haraan selama ini, maka sujud syukurlah. Sudah tiba masanya puan berbahagia dengan kehidupan ini bersama anak-anak. Pada saya, perempuan, bila dia dah start membuat curahan hati, itu bermakna rumahtangganya sudah sampai ke ambang bahaya. Kerana perempuan selalunya sanggup makan hati dan memendam rasa jika melibatkan isu suami. Bercerai bukanlah nokhtah yang mengakhiri novel kebahagiaan kita. Ia bahkan pena yang menukilkan kisah indah kita berbahagia sebagai ibu, anak dan hambaNya yang Esa. Saya tak mahu panggil puan sebagai jiwa Iara. Saya nak panggil puan dengan panggiIan serikandi merdeka. Serikandi merdeka, selamat meneruskan kehidupan baru sebagai ibu tunggal yang kuat, gagah, bersemangat, bahagia, penuh harapan dan memberi manfaat untuk anak-anak, ibu bapa serta ummah dan dunia ini. All the best!
Naili Izzati : Salam puan, saya saIute puan yang berani ambil tindakan. 20 tahun bukan tempoh yang sekejap. 20 tahun mungkin tempoh yang paling lama puan bertahan dan bersabar. Saya turuti cerita puan dari 1st confession, melalui penceritaan puan pun dah menunjukkan puan kuat dan boleh terima serta boleh move on.. Tenang je membacanya. Saya harap puan boleh cari kegembiraan puan selepas ini. Bercerai bukan titik noktah dalam kehidupan. Teruskan menjadi kuat dan wanita berdikari.
Sharifah Al Khairead : Sebenarnya puan dah terlalu banyak berkorban dan bersabar, bagus keputusan puan. Hati puan dah tawar, nafkah zahir dan batin ni menda wajib dalam pernikahan. 20 tahun puan support dari kepala sampai jari kaki, pastu suami plak takde nak hargai. Bila perkara wajib diabaikan tu yang panas rumahtangga. Kadang-kadang orang kita ni ingat solat dan tutup aurat je wajib. Nafkah ni seolah-olah boleh dimaafkan. Pelik kadang-kadang tu konsep pemikiran orang kita ni. PoIigami hak sunnah tu paling diperjuangkan sedangkan suami tak bagi nafkah zahir batin yang wajib.
Isa NH : Lepas dah satu tanggungjawab puan. Allhamdulillah. Puan dah boleh fokus pada diri sendiri dan anak-anak. Saya doakan Allah sentiasa jaga, Iindungi dan permudahkan urusan puan. Jangan risau tentang anak-anak, diorang akan faham bila masing-masing dah dewasa kelak. They will come around for sure. Hugs.
Ssab Oxr : Apa yang puan buat tak salah sebab suami gagal memberi nafkah zahir batin. Batin bukan saja atas katil tapi memgembirakan hati isteri. Berdoalah pada Allah supaya dilapangkan dada puan dan anak -anak. Bersedekahlah supaya hati puan tenang. Mungkin puan boleh pergi holiday lepas abis eddah. Kuatkan semangat tau, jangan duduk bersendirian. Kalau tindakan puan salah tak mungkin proses permohonan puan sangat mudah. Orang lain makan tahun, jangan salahkan diri sendiri.
BACA:
Sekolah pun tak habis lagi, pelajar ini dah beli kereta Honda secara tunai!
Habis semua duit KWSP dikeluarkan, akhirnya lelaki ini diisytihar muflis