Ini sebab Mat Sabu dikurnia gelaran Datuk Seri yang ramai nak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Ini sebab Mat Sabu dikurnia gelaran Datuk Seri yang ramai nak tahu. Presiden AMANAH yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Haji Mohamad Sabu mengetuai senarai penerima gelaran darjah kebesaran sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau menerima darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri dari Yang Dipertuan Agong bersama enam lagi penerima darjah kebesaran itu.

Mohamad adalah penerima tunggal darjah kebesaran berkenaan di kalangan ahli politik. Majlis penyampaian anugerah ini berlangsung di Istana Negara pagi ini.

Ini sebab Mat Sabu dikurnia gelaran Datuk Seri yang ramai nak tahu

Sebagai menteri, kejayaan besar Mohamad adalah apabila beliau berjaya menyelesaikan isu kekurangan telur di pasaran yang dialami oleh negara sejak lebih setahun lalu dalam masa tidak sampai dua bulan.

Dengan strategi mengimport telur dari India, bekalan telur tempatan tiba-tiba cukup dan memenuhi rak di dalam hampir kesemua pasaraya, mini market dan kedai runcit di seluruh negara.

Mohamad sekarang sedang memberikan fokus bagi mengurangkan harga daging, ayam dan telur di pasaran dengan cara megurangkan kebergantungan bahan makanan ayam dan lembu dari luar negara.

Sebelum ini, ketika kerajaan Pakatan Harapan, Mohamad adalah Menteri Pertahanan sebelum kerajaan pilihan rakyat itu dijatuhkan melalui Langkah Sheraton yang beliau sifatkan sebagai Langkah Syaiton.

Sumber: https://harapandaily.com/mohamad-sabu-kini-bergelar-datuk-seri/

BACA:

Pelakon veteran, Anjang Aki meninggal dunia

“Korang rasa apa benda ni?” Wanita dakwa terbeli laksa dibuat dari surat khabar