Kerajaan berhasrat mansuh had umur persaraan?

Oleh GEMILANGDAILY

Kerajaan berhasrat mansuh had umur persaraan?. Pengumuman itu dibuat semasa sidang akhbar mengenai langkah dasar popular itu semalam, iaitu enam bulan sebelum pilihan raya .

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memansuhkan syarat umur persaraan dalam satu langkah yang membolehkan lebih dua juta pekerja bersara serta-merta.

Sebelum ini, umur persaraan ditetapkan pada 58 tahun bagi wanita dan 60 tahun bagi lelaki.

 

Parti AK pimpinan Erdogan sebelum ini menaikkan gaji minimum minggu lalu sebagai sebahagian daripada kempen untuk memenangi semula sokongan yang terhakis oleh inflasi, kejatuhan lira, dan kejatuhan mendadak dalam taraf hidup.

Kerajaan berhasrat mansuh had umur persaraan?

Masih belum jelas berapa kos sistem baharu itu, tetapi Recep Tayyip memaklumkan, seramai 2.25 juta orang layak untuk bersara serta-merta.

Pada masa ini terdapat 13.9 juta pesara di negara ini.

Kumpulan buruh sebelum ini giat memprotes syarat umur minimum selama beberapa tahun, meminta pekerja hanya perlu melengkapkan bilangan hari kerja wajib untuk bersara.

Tindakan itu dilihat memberi ‘idea’ kepada Recep Tayyip untuk memancing undi rakyat sebelum pilihan raya kritikal yang dijadualkan pada Jun tahun depan.

Dalam dua dekad berkuasa, pemimpin Turkiye itu menyelia tindakan keras terhadap perbezaan pendapat dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini menerima pakai dasar ekonomi yang tidak lazim, yang membantu menurunkan lira kepada satu persepuluh daripada nilainya berbanding dolar sedekad lalu.

BACA:

Ini sebab Mat Sabu dikurnia gelaran Datuk Seri yang ramai nak tahu

‘Aku target nak pensyarah tu, aku tak kisah isteri dia nak mengamuk, yang penting duit’, Ustazah Asma Harun dedah pelajar kaki sondol