Bekas askar kena serangan seksual dengan rakan sekerja, nekad saman kerajaan. Seorang bekas tentera yang sebelum ini menjadi mangsa serangan seksual oleh rakan sekerjanya hari ini menyaman kerajaan dan pelaku disebabkan penganiayaan dan permohonan maaf yang ‘dangkal’ diterimanya.
Tahun lalu, mangsa iaitu Rina Gonoi mendedahkan kepada umum mengenai serangan seksual berkenaan namun siasatan terhadap kes itu digugurkan dengan alasan tidak mempunyai bukti yang mencukupi.
Pihak tentera mengakui serangan dan gangguan yang diterima Ganoi itu berlaku pada tahun 2021, namun pengakuan itu dibuat selepas mendapat tekanan daripada Ganoi termasuk petisyen yang ditandatangani oleh 100,000 orang bagi menuntut siasatan itu dijalankan.
Pada Disember lalu, seramai lima tentera Jepun diberhentikan kerana kes berkenaan, namun semalam Ganoi berkata permohonan maaf yang diterimanya itu adalah ‘dangkal’ kerana peguam dan suspek memandang remeh dengan insiden itu ketika sesi perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian diadakan.
“Saya tidak mahu bergaduh, tetapi saya tidak menerima mesej yang menyakinkan bahawa mereka benar-benar menyesal dengan apa yang sudah dilakukan.
“Disebabkan terdapat perbezaan pendapat antara saya dan pihak sana, jadi saya beranggapan untuk mendedahkan (kepada umum melalui tuntutan mahkamah), bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya kepada pemberita.
Ganoi menuntut keseluruhan sebanyak 7.5 juta yen (RM 245,600), iaitu 5.5 juta yen (RM 180,107) kepada pelakunya kerana gangguan mental yang dialami manakala baki sebanyak dua juta yen (RM65,449) dituntut daripada kerajaan kerana gagal menghalang serangan dan menyiasat kes berkenaan dengan betul.
Peguamnya berkata, kesnya itu akan disiasat semula oleh pendakwa raya dan berkemungkinan atas pertuduhan jenayah selepas Ganoi membuat aduan mengenai kegagalan mendakwa lelaki berkenaan.
Siasatan pihak tentera mendapati Ganoi secara rutin menghadapi serangan dan gangguan seksual ketika menjalani sesi latihan di unitnya.
Data kerajaan menunjukkan, hanya empat peratus daripada mangsa rogol melaporkan jenayah itu kepada pihak polis.
BACA:
‘Syukur sekarang duit tak lesap dah, kalau dulu faham2 lah’ – Mawar
Sophia dipuji cantik macam bidadari syurga, netizen minta Kazar buat sesuatu pula