“Saya tak pernah minum kopi semahal macam ni” – Berdekah baca kisah pakcik ni masuk Starbucks

Oleh GEMILANGDAILY

“Saya tak pernah minum kopi semahal macam ni” – Berdekah baca kisah pakcik ni masuk Starbucks. Kisah pakcik masuk Starbuck buat netizen ketawa.

Tular satu video yang menceritakan kisah seorang abah membeli kopi di kafe Starbucks. Ia diceritakan anaknya melalui perkongsian video di TikTok Nur Hikmah Sahat.

Warga Emas Sediakan RM2 Beli Kopi, Terkejut Bila Kena Bayar RM10, Kisah Pakcik Ini Buat Netizen Sebak Terkenang Perangai ‘Abah’

Kisah abahnya yang masuk ke kafe berjenama dan menyediakan RM2 untuk membayar kopi yang dibeli mengundang perhatian netizen dan orang ramai.

Ini apabila harga kopi yang patut dibayar adalah RM10 dan abahnya tercengang dengan harga terbabit di hadapan kaunter.

"Saya tak pernah minum kopi semahal macam ni" - Berdekah baca kisah pakcik ni masuk Starbucks

Pelbagai kisah comel dan terharu yang bercampur baur terjadi di sebalik kisah secawan kopi abah.

“Abah ikut rombongan kawin anak saudara mak dekat Kedah naik bas. Otw balik, bus berhenti dekat stesen minyak. Abah tiba-tiba terasa nak minum kopi.

‘Selama hidup tak pernah minum kopi semahal ni’-Kisah pakcik masuk Starbuck buat netizen ketawa

“Abah pun masuklah dalam Starbucks. Abah tak tahu tu kedai kopi mahal. Abah pun order lah.

“Abah cakap dengan budak kaunter, ‘pakcik nak kopi yang kecik je tau’. Abah cerita abah dah standby RM2 dekat tangan nak bayar. Jap lagi budak kaunter cakap RM10 lebih.

“Abah tercengang, abah bukan takda duit tapi abah tak sangka ada kopi yang dia mintak kecik tapi harga RM10 lebih,”
.

@nurhikmahsahat #starbucks #kopimahal #duaringgit #cofeestarbuck #kotatinggi #jdt #abah #alhmdulillah #fyp ♬ Hanya Rindu – Andmesh

“Dia pun cakap dengan budak kaunter, ‘sepanjanng pakcik hidup 80 tahun tak pernah pakcik minum kopi lebih daripada RM2,”cerita Hikmah panjang lebar dalam kisah abah beli kopi ini.

Tambah Hikmah, apa yang menyentuh hati, walaupun abah ada duit, mungkin kerana ada sepasang suami isteri yang mendengar perbualan abah ketika beratur di kaunter, isteri berkenaan menyuruh suaminya memberi duit kepada abah.

“Maybe ada akak beratur belakang abah dengar perbualan, dia pun suruh laki dia gi kejar bagi duit. Abah dah tolak tapi dia berkeras nak bagi duit jugak,” jelasnya.

Hikmah juga cerita bahawa abah ingin menyimpan cawan itu sebagai kenangan beli kopi lebih RM10 dengan nada comel.

BACA:

Helah pemimpin Pas minta derma terbongkar, hasil diguna untuk melancong

Lelaki mengamuk kena ‘sidai’ dari pukul 7am-8pm di hospital kerajaan, terus Dr Zaliha bagi respon ini