Suami halau isteri pertama dan 7 anak dari rumah sewa, nak bagi bini baru duduk

Oleh GEMILANGDAILY

Suami halau isteri pertama dan 7 anak dari rumah sewa, nak bagi bini baru duduk. Seorang wanita yang juga pesakit mental bersama tujuh anaknya, buntu mengenang nasib yang menimpa mereka selepas dihalau dari rumah sewanya, kerana gagal membayar sewa bulanan.

Pemilik rumah terbabit mengarahkan lapan beranak itu keluar kerana sewa rumah yang didiami itu tertunggak sejak Oktober tahun lalu sehingga mengheret beliau dengan masalah kewangan akibat perlu menanggung bayaran bulanan pinjaman perumahan berkenaan.

Nasib malang wanita terbabit bersama anak-anaknya mendapat pembelaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Skuad Saidina Umar (SSU) yang segera tampil menghulurkan bantuan selepas mendapat maklumat mengenai nasib mereka.

Suami halau isteri pertama dan 7 anak dari rumah sewa, nak bagi bini baru duduk

LZS berkata, wanita yang menghidap penyakit mental berkenaan juga bergantung dengan ubat-ubatan psikiatri bagi mengawal emosinya menjadi agresif dan tidak terkawal.

“Wanita berkenaan juga terpaksa menanggung seramai tujuh orang anaknya yang berusia 14 tahun hingga 4 tahun.

“Manakala, suaminya pula dikhabarkan jarang pulang ke rumah kerana sudah bernikah lain serta menguruskan keluarga baru,” katanya menerusi perkongsian di Facebook LZS, hari ini.

Dalam perkongsian itu, LZS berkata, kejadian yang berlaku menjadikan wanita itu semakin tertekan sehinggakan anak sulungnya berusia 14 tahun juga kini menerima rawatan psikiatri kerana kerap mengamuk serta tidak dapat dikawal seperti mendengar bisikan.

“Anak sulungnya itu kini juga perlu mengambil ubat penenang setiap hari bagi mengawal emosinya.

“Susulan itu LZS mengambil tindakan segera menyerahkan sumbangan tunai serta bantuan lain akan disusuli selepas ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan jiran sekitar juga sangat membantu, sentiasa memastikan keperluan keluarga ini mencukupi dan tidak terputus,” katanya.

LZS berkata, hasil perbincangan bersama pemilik rumah berkenaan berjaya dicapai dan bersetuju untuk memberikan sewa selanjutnya untuk wanita itu sekeluarga.

“Tunggakan sewa rumah dan bayaran sewa bulanan selepas ini akan diuruskan oleh LZS.

“Kes berkenaan juga akan dipanjangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan menerusi khidmat kaunseling serta akta perlindungan untuk keluarga berkenaan,” katanya.

Dalam perkongsian sama, LZS berkata, poligami itu ada kaedah dan prosedurnya.

“Berlaku adil dan jangan menzalimi serta melepaskan tanggungjawab utama. Semuanya akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak.

“Teruskan berzakat di Lembaga Zakat Selangor, ‘sedikit bagi anda, segalanya buat mereka’,” katanya.

BACA:

“Tunggu mak ke? Mak dah takde..”

Helah pemimpin Pas minta derma terbongkar, hasil diguna untuk melancong

“Dia buli saya, hina saya, kata-katanya tergiang-ngiang di telinga,” punca bos ditikam hingga mati oleh pekerja