“Tak cukup duit nak makan? setakat bagi 2-4 bungkus tak ruginya niaga sis” – asbab sedekah, jualan wanita ini habis dalam 2 jam

Oleh GEMILANGDAILY

“Tak cukup duit nak makan? setakat bagi 2-4 bungkus tak ruginya niaga sis” – asbab sedekah, jualan wanita ini habis dalam 2 jam.

Usaha menjual nasi bungkus dengan hanya RM3.50 sebungkus sejak tiga tahun lalu membuahkan hasil, apabila kini seorang peniaga nasi bajet mampu membuat jualan sekitar 200 bungkus nasi dalam tempoh dua jam.

Nasi bajet Kak Shima ini tular di media sosial selepas menawarkan harga makanan serendah RM3.50 dan mendapat perhatian orang ramai terutama penduduk di sekitar Kota Damansara.

"Tak cukup duit nak makan? setakat bagi 2-4 bungkus tak ruginya niaga sis" - asbab sedekah, jualan wanita ini habis dalam 2 jam

Nurul Hashima Abu Aris dalam ciapan di Twitter berkata, dia pernah terdetik untuk menaikkan lagi 50 sen kepada RM4 untuk nasi bajetnya, namun memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan itu.

Ini kerana dia sendiri tersentuh mengetahui ada pelanggannya bekerja dengan upah harian yang kecil sehingga ada kalanya terpaksa mengikat perut.

“Sis pernah nak naikkan nasi bajet ke RM4 sebungkus tapi tak jadi. Ada hamba Allah ni selalu beli. Terdetik nak sembang.

“Dia ambil upah potong rumput, bersih kawasan. Ada hari lebih, ada hari tak ada langsung.

“Jadi, dia puasa, ikat perut. Kalau dia datang, bagi percuma je,” kongsinya.

Sementara itu memetik Harian Metro, sebelum ini Nurul Hashima hanya menjual antara 60 hingga 80 bungkus nasi, tetapi kini sebanyak 180 hingga 200 bungkus nasi dijual sejak tahun lalu kerana mendapat permintaan tinggi.

Nasi bajet Kak Shima ada empat jenis lauk yang dijual setiap petang.

Dua adalah lauk wajib iaitu ayam masak merah dan kicap, masing-masing satu lauk daging dan ikan. Kadangkala ada juga lauk udang atau sotong, tetapi bergantung pada harga pasaran.

Lokasi perniagaan Kak Shima di hadapan Surau Al-Falah, Seksyen 6.

BACA:

“Tunggu mak ke? Mak dah takde..”

Ayah tersilap transfer duit KWSP ke bank orang lain, terpaksa rayu pulangkan semula