Ustaz dari Kedah menang kes serangan seksual yang dibela oleh Peguam DAP. Kes ini bermula pada hujung tahun 2021 pada ketika PN memerintah.
Seorang ustaz di Kedah dituduh melakukan serangan seksual terhadap 5 orang budak di sebuah madrasah.
Ustaz tersebut diheret ke mahkamah. Lima pendakwaan dibuat oleh pejabat Peguam Negara lantikan PN.
Selepas kes menjadi tular, media alternatif dan bloggers pun pick up.
“Ustaz dituduh melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak”
Agamawan + seks. Berita-berita contrasting sebegini confirm laku.
Pada tahun 2023, budak-budak 11 hingga 14 tahun yang membuat pertuduhan itu akhirnya mengaku membuat pertuduhan palsu.
Rupa-rupanya budak-budak itu dikantoikan oleh ustaz sebab melayan video porno dalam telefon bimbit.
Apabila ustaz mengambil tindakan tegas, ustaz itu pula kene fitnah melakukan serangan seksual.
Maka Mahkamah akhirnya membebaskan ustaz tersebut. Syukur.
Yang lebih menarik, peguam yang mempertahankan ustaz tersebut bukan peguam PAS. Pun bukan peguam Bersatu.
Yang mempertahankan ustaz itu ialah PEGUAM DAP.
Ye. Peguam DAP yang dituduh anti-Islam telah mempertahankan ustaz tersebut dan ustaz tersebut akhirnya mendapat keadilan yang sewajarnya.
VERSI PENDEK:
Budak-budak fitnah Ustaz.
Peguam Negara lantikan PN dakwa Ustaz.
Peguam PN tak nak bantu Ustaz.
Akhirnya peguam DAP bantu Ustaz tegakkan keadilan.
BACA:
Ramai geram kena tipu dengan peniaga ni – “punyalah cenonet sotong dalam tepung ni!”