Rezeki banjir..lelaki dapat Ikan Kelah merah bernilai ribuan ringgit

Oleh GEMILANGDAILY

Rezeki banjir..lelaki dapat Ikan Kelah merah bernilai ribuan ringgit. Bak kata orang, kalau sudah rezeki pasti tidak salah alamat. Itulah nasib yang menimpa seorang nelayan yang dikenali sebagai Abd Hadi Sulaiman yang berusia 47, berasal dari Sungai Tanum Di Kampung Chegar Perah, Lipis.

Sebelum ini, penduduk kampung mereka berdepan dengan banjir hingga air masuk melimpah ke dalam rumah.

Ketika air surut dua hari lalu, Abd Hadi Sulaiman mengambil kesempatan untuk memasang jaring sambil berharap pada tuah untuk memperoleh ikan liar untuk dijual bagi menampung pendapatan dan perbelanjaan selepas ditimpa banjir.

Rezeki banjir..lelaki dapat Ikan Kelah merah bernilai ribuan ringgit

Abd Hadi Sulaiman mengatakan, pada 6.30 petang beliau turun memasang jaring di sungai Tanum berdekatan rumah sambil berdoa serta berharap ada rezeki ikan liar terperangkap dalam jaringnya.

Apabila beliau turun ke sungai pada jam 7 pagi, beliau melihat jaring yang dipasang ternampak bergoyang dengan kuat seolah-olah seekor ikan besar tersangkut di samping menggelepar sehingga air berkocak di permukaan sungai.

Abd Hadi Sulaiman sangat gembira apabila jaring beliau telah dimakan ikan, namun setelah jaringnya diangkat ternampak seekor ikan kelah merah bersaiz besar yang tidak pernah ditangkapnya sejak dia mulai menjadi nelayan di Sungai Tanum 20 tahun yang lalu.

Dikatakan juga ikan kelah merah bersaiz besar itu seberat 12.4kg dan menyebabkan beliau terpegun seketika sambil membayangkan jumlah pendapatan hari tersebut.

Berdasarkan pasaran semasa, harga sekilogram ikan kelah merah ialah Rm250 dan menurutnya anggaran keuntungan yang diperolehnya adalah kira-kira Rm3,100.

Beliau turut bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya dan bercadang untuk memasang semula jaringnya di tempat yang sama dengan harapan adalagi ikan yang tersangkut untuk dijadikan juadah mereka sekeluarga.

BACA:

Pemuda ini beli kereta lelong Polis masa nak baiki terjumpa duit dalam pintu, rupanya ini kereta..

Tok Kadi sampai minta berhenti lafaz akad nikah pasangan ini, bunyi lato-lato kuat sangat!