Kisah sedih disebalik abang pisang biasa yang tular di Tiktok. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Gara-gara video menelengkan sedikit kepalanya untuk bercakap dengan pelanggan, seorang penjual pisang cheese kacak malah tular ke serata media sosial.
Lebih lucu lagi, ada yang stitch babak berkenaan sambil membuat reaksi manja.
Lama-lama teleng kepala Abang Pisang
Berusia 24 tahun, Adib Aidil kini mendapat gelaran Abang Pisang di kalangan pengikutnya.
Sejak video teleng kepada viral, begitu ramai pelanggan termasuklah golongan lelaki akan berseloroh memintanya melakukan semula gesture berkenaan.
Tidak mengambil serius gurauan sedemikian, Adib cuma layankan saja meskipun berulang kali mendengar permintaan sama.
Kalau dah sampai senget kepala macam tu, bukan soft spoken…Ini soft boy
@arifeddy Kesian @Banana Dibs 🍌 lama2 teleng dia orang mintak Pisang biasa😭 #adib #abangpisang #pisangbiasa ♬ original sound – Banana Dibs 🍌
Namun seperti biasa, kesan viral itu tidak semuanya diterima baik oleh netizen terutamanya warga Facebook. Ada yang memberikan kecaman meluat hingga melabel Abang Pisang dengan tanggapan negatif khususnya melibatkan karakter soft spoken.
Ramai Kecam Video Manja Abang Pisang Teleng Kepala, Rupanya Ada Hal Sedih Lain
Tangkap layar beberapa komen kecaman warga FB
Karakter yang sangat baik…Dia pun macam orang lain yang terjejas masa pandemik
Dalam perkongsian pakar perubatan bernama Dr Nimelesh, siapa sangka beliau mendapat tahu satu fakta sedih tentang Abang Pisang setelah pergi ke gerainya.
Rupanya, Adib merupakan graduan akademi penerbangan yang sepatutnya menjadi pilot namun rezeki belum tiba. Meski perniagaannya semakin berkembang, dia masih menantikan peluang kerja di bidang airlines.
BACA:
Rakyat Malaysia tak perlu berhenti bayar tol lagi selepas ini – Menteri