Ini jawapan Shila Amzah bila tarikh nikah dengan Ubai. Terbuka tentang status hatinya, penyanyi Shila Amzah mengakui kini sedang mempunyai hubungan cinta bersama pempengaruh media sosial dikenali sebagai Ubai.
Menerusi sesi live di Instagram, penyanyi berusia 33 tahun itu bagaimanapun berkata sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk dia bercerita tentang perkahwinan.
Menurut Shila, dia perlu memberi tumpuan terhadap beberapa perkara termasuk anak tunggalnya, Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.
Saya masih muda. Berhenti tanya saya bila akan kahwin lagi. Saya nak kerja, cari duit. Saya kena ada simpanan sendiri sebelum kahwin. At least, tunggu sampai Seth pandai bercakap.
Bukan itu sahaja, anak kepada penyanyi terkenal 80-an ND Lala itu turut sempat berseloroh mengatakan sekiranya mereka mahu ke arah yang lebih serius, sekurang-kurangnya perlu menunggu sehingga pendakap gigi atau braces yang dipakai Ubai boleh dibuka.
Lagipun braces Ubai pun lagi tiga tahun baru boleh buka. Jadi jangan bahas tentang pernikahan.
Dalam pada itu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah berkata dia juga mahu membahagiakan diri sendiri terlebih dahulu sebelum membahagiakan hati orang lain.
BACA:
Erra Fazira betul- betul dah bermadu ke? Sekali Ziela Jalil pecah rahsia!