Sophia Albarakbah kantoi stalk IG Aliff Aziz, “angin lagi lah Bella macam ni” – netizen. Umum mengetahui, pelakon, Aliff Aziz dilihat bersikap profesional ketika mempromosikan drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ di media sosial.
Meskipun terpalit dengan kontroversi bersama heroin drama tersebut, Aliff dilihat menolak tepi isu yang sudah berlaku di antara dirinya dengan Sophia AlBarakbah.
Berikutan kontroversi yang berlaku, Aliff dan Sophia dipercayai tidak ‘follow’ antara satu sama lain di Instagram.
Meskipun tidak mengikuti antara satu sama lain di platform media sosial tersebut, Sophia dilihat memberi tanda suka di posting terbaharu yang dimuat naik oleh Aliff. Bapa kepada dua orang anak ini telah memuat naik teaser drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ episod ketiga, semalam.
Terdahulu, pelakon yang berasal dari Singapura itu menegaskan bahawa konflik yang terjadi bukanlah semata-mata gimik bagi mempromosikan karya terbaru mereka. Tegas aktor berumur 32 tahun ini, dia tidak akan pernah bersetuju untuk melakukan perkara tersebut demi populariti drama.
Kontroversi ini pun bukan sengaja dicetuskan atau ingin membuat kecoh tetapi berlaku dengan sendiri. Ini bukan gimik pemasaran sebab perkara sebegini bukan satu hal yang menggembirakan pun untuk saya dan juga orang lain.
Dalam pada itu, Aliff berharap drama yang dilakonkan olehnya itu ‘meletop’ disebabkan jalan cerita bukan semata-semata kerana kemelut ‘tersuka’.