Demi mencapai impian untuk menjadi seorang peguam, atok usia 77 tahun nekad duduki exam ijazah undang-undang. Dalam catatan Instagram minggu lalu,
UniSZA berkongsi bahawa R Ramesh , 56 tahun dan M Krishnan, 77 tahun telah mendaftar untuk kursus Sarjana Muda Undang-undang selama empat tahun universiti itu pada Oktober tahun lepas.
Mereka dilihat duduk untuk kertas ‘Pengenalan Teknologi Maklumat’ di Dewan Gemilang di kampus Gong Badak pada hari Jumaat, 3 Februari, bersama kumpulan mereka yang lain.
Pihak universiti berkata, mereka berdua telah menjadi kawan baik apabila mereka bersama-sama menempuh pelajaran setelah sekian lama tidak bersekolah
“Kali terakhir saya menduduki peperiksaan ialah 37 tahun lalu pada 1986 untuk STPM, dan hari ini saya kembali ke dewan peperiksaan untuk peperiksaan sarjana muda saya,” kata Ramesh.
Tambah lelaki berusia 56 tahun itu, walaupun sedikit tertekan, dia tetap tenang dan menjawab dengan baik.
“Saya sudah lama tidak belajar jadi sudah pasti ada masalah menyesuaikan diri pada awalnya, tetapi pensyarah dan rakan sekelas saya banyak memberi sokongan dan bantuan,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Sementara itu, Krishan yang berusia 77 tahun berkata, walaupun sukar membahagikan masa antara pelajaran dan keluarga, dia tetap berusaha untuk memenuhi impiannya menjadi seorang peguam.
“Saya membahagikan masa dengan baik antara keluarga, kerja dan kelas, dan untuk peperiksaan akhir ini, saya berharap dapat melakukan yang terbaik dan lulus dengan cemerlang,” katanya.
Datuk berusia 87 tahun ini juga telah membuktikan bahawa tidak pernah terlambat untuk melanjutkan pelajaran
BACA:
Punca sebenar tiket penerbangan umrah mahal terbongkar, 6 bajingan ini jadi dalang