Lelaki ghairah menari depan Baby Shima sampai jadi macam ini. Salah satu video yang dimuatnaik di Instagram Baby Shima menjadi bualan warganet di media sosial penyanyi jelita ini.
Baby Shima ‘Tergoda’ Dengan Penari Gelek Di Restoran?
Dalam video yang dimuatnaik oleh Baby Shima, penyanyi ini dilihat menjamu selera di sebuah restoran, di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, restoran yang dikunjunginya itu ‘disajikan’ dengan beberapa orang penari lelaki yang menari dengan aksi yang mengairahkan.
“Tak senang nak makan!. Godaan…”-tulis Baby Shima
“Fuh Kemain Goyang Kalah Inul”
Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat Baby Shima yang terkejut dengan aksi penari lelaki berkenaan, malah ada yang sempat berseloroh dengan meminta Baby Shima turut serta bergelek dengan penari tersebut.
“Mohon bersabar..Ini ujian kak..hahah 😂.”
“Yang bukan-bukan je post nya.”
“Sepatutnya Shima goyang sebelah dia jugak bagi dia tercabar 😂😂😂 ”
“Gini gaya nak makan berdiri bulu roma 😂.”
“Fuh kemain goyang kalah Inul haha.”
“Marketing je tu. Kat luar bunuh orang tu.”
View this post on Instagram
Terdahulu, nama Baby Shima menjadi perhatian selepas mempertahankan juri tetap program realiti Mas Idayu yang menegur persembahan Sissy Imann dan Naim Daniel sehingga Sissy Imann mengalirkan air mata di atas pentas.
Baby Shima menerusi Insta Stories, menyifatkan sebahagian netizen yang mengecam Mas Idayu mempunyai bahasa yang lebih teruk.
BACA: