Ingat orang curi minyak motor rupanya monyet pelik ketagih minum minyak petrol, punyalah stim bagi pisang pun tak jalan

Oleh GEMILANGDAILY

Ingat orang curi minyak motor rupanya monyet pelik ketagih minum minyak petrol, punyalah stim bagi pisang pun tak jalan.

Ingatkan dicuri orang, rupanya dicuri monyet! Misteri dan tanda-tanya yang timbul dikalangan beberapa orang pemilik motosikal akhirnya terjawab apabila seekor monyet tertangkap ketika dia sedang leka ‘mencuri’ minyak daripada motosikal dengan meminumnya!

Beberapa pemilik motosikal di Panipat, utara India terperanjat besar apabila mengetahui pencuri petrol motosikal mereka selama ini rupanyaadalah seekor monyet yang dipercayai ketagih meminum petrol.

Ingat orang curi minyak motor rupanya monyet pelik ketagih minum minyak petrol, punyalah stim bagi pisang pun tak jalan

Monyet tersebut juga dikatakan sering menyasarkan motosikal yang diparkir di kawasan pasar di Panipat, Haryana.

Lagi mengejutkan monyet tersebut malah menolak pisang dan kacang yang diberikan kepadanya, malah terus fokus dan leka meminum petrok hingga ‘khayal’!

Menurut saksi, penduduk pernah beberapa kali menghalau monyet itu dari tempat parkir kenderaan.

Gaurav Leekha yang juga sukarelawan di sebuah pertubuhan berkata, ketika ditangkap, haiwan itu sememangnya kelihatan begitu ketagih petrol.

“Ia tidak mahu makan walaupun diberi pisang dan kacang,” katanya.

Seorang mekanik telah merakam gambar seekor monyet sedang menyedut petrol sebuah motosikal.Minyak Petrol Sering Habis, Ingatkan Dicuri Orang, Rupanya Habis Diminum Seekor Monyet – nangtime.com

Lagi mengejutkan apabila monyet yang ketagihan petrol itu seakan tidak pedulikan kehadiran orang ramai ketika melakukan perbuatan tersebut

BACA:

Petua terpaling mesra alam nak halau serangga perosak dalam rumah

Pasukan yang sertai misi menyelamat di Turkiye akan terima elaun khas