Kontraktor tak sempat lari keluar negara, rasuah punca banyak bangunan runtuh dibina tak ikut spesifikasi

Oleh GEMILANGDAILY

Kontraktor tak sempat lari keluar negara, rasuah punca banyak bangunan runtuh dibina tak ikut spesifikasi.

Mahkamah di Turkiye mengeluarkan perintah reman ke atas beberapa kontraktor bangunan, pemilik dan pengurus hotel yang runtuh dalam kejadian dua gempa bumi dahsyat yang menggegarkan negara itu.

Lapor Agensi Anadolu, Pejabat Ketua Pendakwa Raya di Adiyaman menerusi kenyataan memaklumkan seorang kontraktor

Kontraktor tak sempat lari keluar negara, rasuah punca banyak bangunan runtuh dibina tak ikut spesifikasi

Bernama Ersin Tekin direman selepas tujuh orang maut akibat runtuhan bangunan yang dibinanya lima tahun lalu di bandar tersebut.

Waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang lagi suspek yang didakwa subkontraktor bangunan yang sama.

Pada masa sama, pemilik dan tiga pengurus Hotel Isias terletak di wilayah Adiyaman turut direman susulan kematian beberapa individu termasuk anggota pasukan bola tampar Turki Cyprus Utara (TRNC) dalam runtuhan bangunan itu.

Sementara itu, seorang lagi suspek juga direman atas dakwaan mempunyai kaitan dengan pembinaan tidak sempurna pada bangunan yang runtuh di wilayah selatan Adana.

Berdasarkan angka terkini, lebih 39,000 orang terkorban akibat dua gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye pada 6 Februari lalu.

Gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud berpusat di Kahramanmaras turut menggegarkan 10 wilayah lain termasuk Hatay, Gaziantep, Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Kilis, Malatya, Osmaniye, Elazığ dan Şanlıurfa.

Lebih 13 juta penduduk yang tinggal di kawasan itu terjejas akibat gempa bumi dahsyat itu.

Beberapa negara termasuk Syria dan Lubnan turut merasai gegaran kuat dalam tempoh kurang 10 jam.

* DOA `GADIS AJAIB’ CEPAT SEMBUH

Sementara itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mendoakan kesembuhan mangsa gempa bumi, Aleyna Ölmez yang diselamatkan dari bawah runtuhan pangsapuri di Kahramanmaras.

Aleyna Ölmez yang turut digelar `gadis ajaib’ apabila berjaya ditarik hidup-hidup dari runtuhan selepas remaja berusia 17 tahun tertimbus di bawa runtuhan selama 248 jam akibat gempa bumi melanda negara itu.

Menurut Direktorat Komunikasi Turkiye dalam satu kenyataan, Erdogan menerusi panggilan telefon mendoakan agar ‘gadis ajaib’ itu cepat sembuh.

Beliau turut memaklumkan akan melawat remaja itu sebaik tiba di Ankara.

BACA:

“Habis semua duit simpanan saya!” – Wanita dedah teknik scam terbaru oleh scammer

Projek Monorel Putrajaya, ini pendedahan macam mana RM1 billion duit rakyat lesap tanpa siapa pun perasan