“Kini parlimen jadi tempat sindiran politik dan perbalahan”, MB Selangor gesa kembalikan akta perkhidmatan parlimen

Oleh GEMILANGDAILY

“Kini parlimen jadi tempat sindiran politik dan perbalahan”, MB Selangor gesa kembalikan akta perkhidmatan parlimen.

Akta Perkhidmatan Parlimen perlu dikembalikan dan diperbaharui supaya kedudukan Parlimen setaraf dengan badan kehakiman dan badan eksekutif serta selaras dengan doktrin pengasingan kuasa.

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu membolehkan kedudukan ahli-ahli Parlimen setanding dengan peranan hakim-hakim badan kehakiman serta tugas jemaah menteri dalam badan eksekutif.

"Kini parlimen jadi tempat sindiran politik dan perbalahan", MB Selangor gesa kembalikan akta perkhidmatan parlimen

Menurutnya, sejak Akta Perkhidmatan Parlimen dimansuhkan pada tahun 1992, Parlimen dilihat sebagai badan ‘rubber stamp’ serta tempat untuk meluahkan perasaan.

“Pada masa kini, Parlimen menjadi tempat sindiran politik yang kemudian menjadi perbalahan yang berterusan.

“Justeru, ini menjadi tanggungjawab kita untuk meletakkan kedudukan Tuan Yang di-Pertua sebagai Speaker Dewan Rakyat setaraf dengan Ketua Hakim Negara yang mengetuai badan kehakiman, dan Perdana Menteri yang mengepalai badan eksekutif,” katanya pada sesi perbahasan Titah Diraja pada Isnin.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, dalam memperkukuh kedudukan Parlimen, beliau turut mencadangkan lima Jawatankuasa Pilihan Khas baharu dibentuk bagi memberi fokus kepada isu-isu tertentu.

Jawatankuasa tersebut adalah Jawatankuasa Pilihan Khas Anak-anak Syarikat dan Badan Berkanun; Jawatankuasa Pilihan Khas Federalisme; Jawatankuasa Pengangkutan Awam; Jawatankuasa Mobiliti Sosial dan Jawatankuasa Masyarakat Menua.

Beliau turut menyarankan jumlah hari persidangan Dewan Rakyat ditambah agar ahli Parlimen boleh memfokuskan usaha kepada pemindaan dan pembaharuan undang-undang serta polisi.

” Jika dibandingkan dengan House of Commons di United Kingdom, mereka bersidang kira-kira 150 hari setahun, manakala Parlimen Malaysia hanya bersidang kira-kira 75 hingga 80 hari setahun sahaja.

“Bagi memberi ruang tambahan serta kerjasama dan input rakyat kepada wakil-wakil rakyat, saya juga mencadangkan supaya satu hari dikhaskan untuk setiap persidangan bagi tujuan Rang Undang-undang Persendirian ataupun Private Member’s Bill dicadangkan, ” katanya.

BACA:

“Ia satu perasaan luar biasa, macam jackpot nombor loteri”, pemuda ini terkejut jumpa duit emas bernilai RM 500K!

Baru je putus tunang, Zarina Anjoulie sudah ada pengganti siap dapat bunga lagi