Sanggup bermusafir ke rumah pada hari jumaat semata-mata tidak mahu solat jumaat, ini pendapat ulama

Oleh GEMILANGDAILY

Sanggup bermusafir ke rumah pada hari jumaat semata-mata tidak mahu solat jumaat, ini pendapat ulama. Solat Jumaat merupakan satu bentuk hukum Fardu Ain kepada semua lelaki yang beragama Islam.

Sengaja meninggalkan solat Jumaat tanpa sebab yang mendesak adalah sangat ditegah.

Namun, terdapat segelintir mereka di luar sana yang berkelakuan cuba menjadi sedikit ‘cerdik’ dan bagaikan mengetahui ilmu agama

lebih hebat iaitu dengan membuat cubaan bermusafir pada hari Jumaat semata-mata untuk tidak mahu menunaikan solat tersebut.

Sanggup bermusafir ke rumah pada hari jumaat semata-mata tidak mahu solat jumaat, ini pendapat ulama

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Mohammad Faeez Harith. Mari kita ikuti.

Menurut Faeez, jarak dari Ampang ke Setia Alam tak sampai 2 marhalah. Maka, ia dikira sebagai bukan musafir.

Pelaku perbuatan ini haruslah bertaubat kepada Allah kerana terdapat 2 perbuatang yang sengaja dilakukan.

Yang pertama, sengaja bermusafir pada setiap hari Jumaat untuk tak solat Jumaat dan yang kedua, sengaja meninggalkan solat Jumaat.

Menurut penerangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa sebab gugurnya solat Jumaat kepada para musafir sekiranya memenuhi syarat seperti diterangkan di dalam gambar di bawah.


Menurut pendapat yang muktamad di dalam Mazhab al-Syafi’e, sekiranya permusafiran pada hari Jumaat dilakukan sebelum fajar, maka gugur ke atasnya untuk melakukan solat Jumaat.

Semoga kita semua dihindari daripada perbuatan yang sia-sia ini.

BACA:

Turki gempa bumi lagi sekali pada 5.8 magnitud, ini keadaan penduduk setempat undang reaksi Menteri Turkiye

Berpakaian ketat dan merangsang nafsu lelaki akan didenda di Terengganu?