“Sejuk hati tengok Permaisuri Agong menutup aurat” Ini 10 ‘style’ tudung Raja Permaisuri Agong buat ramai puji.
Baru-baru ini merupakan hari bersejarah bagi rakyat Malaysia kerana Sultan Pahang,
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diisytiharkan menjadi Ketua Negara yang baharu apabila baginda mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Di sebalik gemilangnya Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan yang diadakan hari ini, mata-mata netizen nampaknya tertumpu kepada Raja Permaisuri Agong yang baru, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cantik rupawan.
“Sejuk hati tengok Permaisuri Agong menutup aurat… lambang wanita Islam”
Admin sempat juga jengok di media sosial apa pandangan netizen terhadap Raja Permaisuri Agong yang baru ini.
Dibawah Kita Lihat Fesyen Tudung Raja Permaisuri Agong Dari Yang Simple habis ke tudung lawa tutup dab labuh habis
Tudung simple mudah untuk memasak
Tudung simple ala orang kampung pergi mengundi
Tudung keluar membeli durian simple je
Tudung ketika bantu mangsa banjir simple untuk mudah melakukan kerja
Gaya Tudung paling ramai gadis melayu pakai. Ralax je Raja Permaisuri pakai Janji Tutup aurat
Tudung warna oren labuh memang gaya beliau
Tudung labuh lepas bahu menutup habis bahagian depan
Tudung labuh warna biru
Ternyata ramai yang menyukai penampilannya yang bertudung litup dan memakai pakaian yang lengkap menutup aurat. Inilah lambang wanita Islam yang patut dijadikan ikutan!
“Permaisuri ini nampak sangat lembut, tenang, simple dan baik. Inilah yang kita mahukan daripada seorang ‘first lady’”
Tak cukup dengan tu, ramai juga tak kira bangsa kagum dengan gaya dan penampilan yang dibawa Tunku Azizah. Kata netizen, baginda terlihat sangat lembut, peramah dan membawa ciri ‘first lady’ yang rakyat impikan.
Suka cara Sultan Abdullah tengok Tunku Azizah”
Malah layanan spontan Al-Sultan Abdullah kepada isterinya yang terlihat ‘sweet’ itu juga mendapat perhatian netizen.
BACA: