“Taktau cerita jangan nak memandai”- Pengarah Seniman ‘sound’ Fizz Fairuz, apa kes pula ni? Pelakon Fasha Sandha cedera teruk di bahagian mata kirinya akibat satu insiden yang berlaku ketika melakonkan babak bersama Azhan Rani.
Ketika penggambaran tersebut, Fasha terjatuh sewaktu menjayakan babak di mana dia ditolak oleh Azhan dan kepala serta matanya terhentak di bahagian bucu katil.
Ramai rakan artis mengucapkan takziah kepada Fasha dan ada yang menyuarakan tentang kebimbangan serta risiko anak seni ketika penggambaran.
Tidak ketinggalan, Dato Fizz Fairuz yang membuat hantaran di Instagram tetapi kenyataannya itu seolah-olah menyalahkan Azhan Rani kerana terlalu menjiwai watak.
Dia turut meluahkan simpati terhadap penggiat seni kerana risiko yang perlu ditanggung sendiri dan tidak mempunyai KWSP, Socso serta Perkeso.
Bagaimanapun, kenyataan Fizz itu dibalas semula oleh pengarah drama Anak Tuan yang dilakonkan Fasha serta Azhan iaitu Along Kamaludin.
Menerusi ruangan komen, Along menyelar Fizz yang seperti menyalahkan pelakon lain menjadi punca kepada kemalangan yang menimpa Fasha itu.
Kalau taktau cerita janganlah memandai-mandai. Nak jadi keyboard warrior, stop. Kemalangan terjadi di mana-mana.”
BACA:
Lama tak nampak, rupanya Juliana Evans tengah sarat hamil anak kedua