Dah kenapa pula Syed Saddiq pacak telefon masa bahas dalam parlimen, rupanya ini cerita dia

Oleh GEMILANGDAILY

Dah kenapa pula Syed Saddiq pacak telefon masa bahas dalam parlimen, rupanya ini cerita dia. Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan beliau ‘bekerja’ di Dewan Rakyat.

Ketika membahaskan usul Belanjawan 2023 peringkat dasar hari ini, Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu dilihat ‘memacakkan’ tiga telefon bimbit dipercayai bagi merakam beliau berucap.

Namun, itu sudah menjadi kebiasaan bagi bekas menteri belia dan sukan itu yang sentiasa dilihat memanfaatkan kecanggihan teknologi dan kelebihan ‘ruang maya’ untuk mendekati segenap masyarakat secara maya.

Dah kenapa pula Syed Saddiq pacak telefon masa bahas dalam parlimen, rupanya ini cerita dia

Malah, di jaketnya, tersemat tiga mikrofon ‘bluetooth’ bagi merakam suaranya.

Dalam perbahasannya, Syed Saddiq menggunakan tiga telefon bimbitnya itu dengan mengadakan ‘lintas langsung’ menerusi akaun Facebook dan TikTok, dengan menyentuh beberapa isu.

Antaranya berkisar program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Undi18 serta reformasi untuk mengurangkan tahap ‘toksik’ dalam Parlimen.

Mengulas isu TVET, Syed Saddiq menggariskan tiga masalah berkait program latihan itu merangkumi isu gaji rendah, kadar pendaftaran rendah di institusi TVET serta subjek diajar tidak releven dan mengikut keperluan masa.

BACA:

“Kepala aku dihayun jurulatih banyak kali sampai pintu pecah”, nota tulisan tangan prebet cetus tanda tanya, apa yang jadi sebenarnya?

Saintis dunia bingung! Dapat kesan ada degupan misteri dari matahari