“Mak mertua aku kat tempat kerja memang pembersih sampai semua orang puji bila balik rumah je lain pula yang jadi, tak sangka aku”

Oleh GEMILANGDAILY

“Mak mertua aku kat tempat kerja memang pembersih sampai semua orang puji bila balik rumah je lain pula yang jadi, tak sangka aku”Rumah mentua aku cuma rumah kos rendah dua bilik.

Selalunya aku ajak suami balik ke rumah untuk ambil barang-barang yang kononnya tertinggal.

Tapi sebenarnya alasan untuk aku tidak berlama-lama di rumah mentua aku.. Lepas 3 bulan aku balik rumah mertua, aku selak langsir..

"Mak mertua aku kat tempat kerja memang pembersih sampai semua orang puji bila balik rumah je lain pula yang jadi, tak sangka aku"

Assalammualaikum semua pembaca. Nama aku Seri (sudah semestinya bukan nama sebenar). Aku datang ke page ni sebab nak minta pandangan para pembaca sekalian.

Isu yang nak aku kongsikan berkenaan sikap mentua aku.

Aku bukan nak aibkan mentua aku tapi aku harap kalau para pembaca ada cadangan membina, bolehlah aku usahakan demi kebaikan mentua aku. Ini bukan kisah mentua puaka yang selalu kita baca. Begini ceritanya, mentua aku ni berumur lingkungan lewat 50-an.

Pekerjaan terakhir mentua aku sebelum mengambil keputusan untuk berhenti ialah seorang pekerja pembersihan di sebuah institusi pendidikan. Mentua aku ni memang rajin di tempat kerja. Hal ini amat diakui oleh staf-staf di situ.

Kadang-kadang mentua aku akan buat masak-masak dan kongsi rezeki dengan rakan sekerja dia yang lain. Lagipun mentua aku memang pandai memasak. Tapi ada satu perangai mentua aku ni yang aku rasa sangat pelik dan kontra dengan sikap beliau di tempat kerja.

Mentua aku bekerja dari jam 7.30 pagi dan balik lebih kurang jam 3.00 petang. Biasanya selepas dia balik dari tempat kerja mentua aku berehat-rehat sahaja. Aku sebenarnya jarang-jarang balik ke rumah mentua aku walaupun jarak antara rumah kami tak sampai 20km, dekat je.

Kalau bermalam pun kebiasaannya pada hari raya sahaja. Itupun aku selalunya ajak suami aku balik ke rumah untuk ambil barang-barang yang kononnya tertinggal. Tapi sebenarnya alasan untuk aku tidak berlama-lama di rumah mentua aku.

Rumah mentua aku cuma rumah kos rendah dua bilik. Pada aku okey je sebab aku pun berasal dari keluarga yang susah. Tapi, rumah mentua aku sangat tak terurus. Mentua aku ni tinggal seorang diri selepas bapa mentua aku meninggal dunia.

Sungguhpun begitu, mentua aku tak duduk berseorangan sebab adik ipar aku turut menyewa selang sebuah rumah dari rumah mentua. Jadi setiap malam mentua aku akan ditemani cucu-cucunya iaitu anak-anak adik ipar aku.

Baiklah sekarang baru aku gambarkan suasana rumah mentua aku. Kalau aku dan keluarga aku balik ke rumah mentua aku, baju-baju tak berlipat berbakul-bakul di ruang tamu. Kadang-kadang baju tak berlipat memenuhi ruang sofa sampaikan kami terp4ksa duduk atas lantai.

Pernah sekali tu aku tercari-cari tudung saji rupanya mentua aku buat letak baju dia yang tak berlipat, tinggi menggunung. Rumah mentua aku ada dua bilik. Satu bilik tidur dia dan satu lagi bilik untuk kegunaan anak-anak yang balik bermalam.

Tapi bilik tu pun tak terurus. Baju-baju berlonggok atas katil dan lantai. Banyak lagi barang-barang lain dalam bilik tu. Baru-baru ni kami ambil keputusan untuk kemas bilik tersebut. Alangkah terk3jut sebab dalam bilik tu ada beberapa ekor tikus.

Najiis tikus merata. Memang geli geleman aku dibuatnya. Semua barang dalam bilik tu kami keluarkan dan letak di luar rumah. Kalau boleh digambarkan macam dalam siri hoarder kat channel TLC tu. Ikutkan hati, aku nak buang je semua kain baju tu.

Sebab tak tahu cik T dah k3ncing ke, buat kesat montot lepas membuang ke.. Tapi, mentua aku duduk sambil sambil pilih satu-satu. Bila kami dah masuk barang-barang tercemar dalam beg plastik hitam, dia akan keluarkan dan cakap boleh digunakan semula selepas dibasuh.

Dalam masa dua hari, selesai urusan mengemas bilik tersebut serta kawasan dapur. Bahagian dapur ni, aku tak larat nak cerita dah. Cuma cukuplah aku bagitau yang anak-anak aku akan berjingkit-jingkit jika ke dapur.

Ketika mentua aku sibuk pilih barang-barang dari bilik tu, aku banyak campak barang-barang dapur dia dalam beg plastik hitam dan terus ikat sebab tak nak dia buka. Bilik tersebut aku dan suami susun semula dan deko.

Sekurang-kurangnya akan menjadi tempat yang selesa untuk aku dan keluarga menumpang solat. Tapi, selepas tiga bulan berlalu baru-baru ni aku rasa kecewa sangat sebab bila aku selak langsir nak menumpang solat, tak ada ruang dah.

Ya Allah .. sedih sangat perasaan tu. Aku tak tak tahu mentua aku ni kategori apa. Bolehkah aku boleh katakan mentua aku ni berpenyakit hoarder? Bagaimana aku nak bantu mentua aku ni? Boleh ke dia pulih macam orang normal.

Aku kesian sebenarnya kat mentua aku ni. Tapi aku tak rasa normal untuk tinggal dalam suasana seperti itu. Besarlah harapan aku agar ada komen-komen membina yang boleh aku jadikan panduan. – Seri (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Adam Farm : Kesian sebenarnya dekat mak mertua awak. Dia dah tua, dah penat, dia kerja pun sebab nak tampung hidup, siapa yang nak sara hidup dia? Dia dah penat kat tempat kerja dia, hampir separuh hidup dia kat tempat kerja, kerja cleaning sangat memenatkan bagi saya.

Kalau TT dan suami tak keberatan, boleh upah orang untuk datang mencuci seminggu skli. Boleh bincang sekali dengan anak-anak yang lain. Kalau mak saya memang tak kerja umur dah 60+, tapi masih rajin berkemas, lepas angkt baju terus lipat dan simpan, ok la sebab dia suri rumah, masa yang mak saya habiskan tu, mak mertua tt dah habiskan waktu bekerja. Malah lagi penat kat tempat kerja.

Nor Ku : Pesan suami awak beri duit belanja ke ibu dia supaya ibu dia tak perlu kerja. Minta dia bayar cleaner rumah mak dia sekali seminggu. Bincang adik beradik share bayar semua kalau suami tak mampu. Sebab suami yang awak duk sayang belai tu mak dia bela dari kecik susah payah sampai jadi segak gitu.

Syariatun Suhada : Kalau aku jd tt, aku balik je hari-hari kalau ada masa lapang memandangkan rumah tak jauh mana pun. Hari-hari ada orang bersihkan rumah, borak dengan dia bercerita. Mesti hidup dia akan lebih ceria.

Sesekali beli barang dapur, masak sama-sama dengan mertua sekali tips belajar masak memandangkan mertua pandai masak kan. Kalau ada anak-anak, ajak sekali suami dengan anak-anak sama-sama buat. Boleh ajar anak-anak sekali jadi pengemas dan pembersih. Sebab mak mentua TT bukan macam mak mentua dalam confession sebelum ni, mentua puaka.

BACA:

Rupanya Amy Search pernah kahwin sampai 3 kali, ini senarai bekas isterinya yang ramai tak tahu

“Taktau cerita jangan nak memandai”- Pengarah Seniman ‘sound’ Fizz Fairuz, apa kes pula ni?