“Tiba-tiba bini aku simbah air panas kat kemaluan aku, rupanya dia bengang aku ada wanita lain dalam mimpi dia”

Oleh GEMILANGDAILY

“Tiba-tiba bini aku simbah air panas kat kemaluan aku, rupanya dia bengang aku ada wanita lain dalam mimpi dia

“Seorang wanita di La Paz, Bolivia ditahan polis gara-gara menyimbah air panas pada alat sulit suaminya hanya kerana lelaki tersebut bermimpi wanita lain ketika sedang tidur.

Simbah air panas sebab suami mimpi wanita lain

"Tiba-tiba bini aku simbah air panas kat kemaluan aku, rupanya dia bengang aku ada wanita lain dalam mimpi dia"

Difahamkan, mangsa yang berusia 45 tahun itu sedang tidur, namun secara tiba-tiba dia menyatakan rasa cinta terhadap wanita lain dalam keadaan mengigau.

Bengang suami tersayang menyebut nama perempuan lain, si isteri bergegas ke dapur dan mengambil air panas lalu menyimbah pada alat sulit lelaki terbabit.

Dalam pada itu, pihak polis menyatakan bahawa mangsa dimasukkan ke hospital kerana melecur tahap dua pada alat sulit, bahagian belakang badan serta lengannya.

Pihak berkuasa mulakan siasatan

 

Walau bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada lelaki tersebut yang melaporkan insiden berkenaan kepada pihak polis atau jeritannya itu didengari oleh jiran-jirannya.

Susulan daripada kejadian itu, pihak berkuasa tempatan telah memulakan siasatan bagi mengetahui maklumat lebih lanjut

BACA: 

“Duit KWSP rakyat habis nak dikorek, duit dia penuh tapi ponteng parlimen”, netizen perli abah “Keluar duit kau la bagi rakyat”

Dah kenapa pula Syed Saddiq pacak telefon masa bahas dalam parlimen, rupanya ini cerita dia