Shuhada dedah bekas suami pernah ‘laga pusat’ dengan skandal masa cuti dekat PD, katanya ada bukti

Oleh GEMILANGDAILY

Shuhada dedah bekas suami pernah ‘laga pusat’ dengan skandal masa cuti dekat PD, katanya ada bukti. Sudahlah dicurangi, tidak cukup dengan itu Shuhada juga turut menerima 10 jahitan di muka akibat ditumbuk oleh suami, Hafidz Roshdi.

Kisah kecurangan pelakon itu terbongkar selepas Shuhada mendedahkan bahawa Hafidz mempunyai hubungan dengan seorang wanita bernama Athira Yuhada.

Lantaran dirinya teruk dikecam, Athira membuat permohonan maaf terhadap Shuhada dan dua anaknya selain turut mengaku tidak akan berhubung dengan Hafidz lagi.

Shuhada dedah bekas suami pernah 'laga pusat' dengan skandal masa cuti dekat PD, katanya ada bukti

Namun, apa yang mengejutkan adalah Hafidz rupa-rupanya masih berhubung dengan Athira dan hal itu juga dikatakan menjadi punca insiden Shuhada ditumbuk oleh aktor berkenaan.

Menerusi Instagram, Shuhada atau mesra dengan panggilan Shu mendapat banyak kata-kata semangat dan sokongan daripada ramai netizen.

Baru-baru ini, seorang individu ada bertanya kepada Shu di ruangan komen tentang foto yang pernah dimuat naik oleh Athira di tepi pantai.

Tidak lagi berselindung, Shu mengiyakan bahawa foto kaki yang diambil itu adalah milik Athira dan Hafidz ketika mereka bercuti berdua di Port Dickson.

Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan tempahan bilik juga dilakukan menggunakan nama individu ‘di sana’ (Athira) dan Shu akui menyimpan banyak bukti kelakukan tidak bermoral ‘pasangan’ itu.

BACA:

Kenapa nombor plat negeri perak bermula dengan huruf ‘A’? Ini cerita sebenar yang ramai tak tahu

Khabar angin KJ bakal jadi ‘poster boy’ PN di Selangor makin kuat