Video tular bergaduh dengan isteri, sekali Musa Hassan buka mulut. Bekas ketua polis negara, Musa Hassan meminta orang ramai tidak mencampuri urusan peribadinya,
selepas klip video pertengkaran seorang lelaki dan wanita tular dalam talian.
Klip video itu menunjukkan seorang lelaki menyerupai Musa sedang bertengkar dengan seorang wanita.
Menjawab tweet @IzzraifHarzz yang mempersoalkan apa berlaku dalam klip video itu, Musa meminta pengguna Twitter menghormati privasinya.
“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur, Jika ada yang membuat spekulasi akan berdepan tindakan undang-undang,” tulisnya.
Dalam klip video dikongsi pemegang akaun Twitter @makcikbawangmu, seorang wanita berang kedengaran menjerit lelaki menyerupai Musa yang cuba keluar. Seorang kanak-kanak turut kelihatan dalam rakaman video itu.
Perempuan memang ditakdirkan mempunyai keberanian lebih dari lelaki. Dia tak peduli la kau ayahanda ke mantan Ketua Polis Negara ke semua dia tak heran. pic.twitter.com/3hCZipa5LX
— Mak Cik Bawang (@makcikbawangmu) March 7, 2023
Musa dilantik sebagai ketua polis negara dari 2006 hingga 2010.
BACA:
Terletak di lautan hindi, ini pulau tempat dajjal bersembunyi? patutlah susah nak sampai
Apa dah jadi? Tular video Musa Hassan gaduh dengan isteri
Presiden Pas akui mahu jatuhkan kerajaan, tak kisah dengan titah Agong