Cicit Khalifah Turki Uthmaniyyah pernah datang negara kita! Ini komen dia bila situasi di Malaysia

Oleh GEMILANGDAILY

Cicit Khalifah Turki Uthmaniyyah pernah datang negara kita! Ini komen dia bila situasi di Malaysia.

Kalau korang baca macam mana Sultan Abdul Hamid II meninggal dunia sendirian setelah digulingkan, mesti korang rasa sedih.

Macam mana Khalifah Turki Uthmaniah yang banyak berjasa ni, dilayan punyalah teruk.

Cicit Khalifah Turki Uthmaniyyah pernah datang negara kita! Ini komen dia bila situasi di Malaysia

Tapi korang tau tak, keturunan dia masih ada. Dah tu, cicitnya siap datang Malaysia tau!

Şehzade Abdülhamid Kayıhan Osmanoğlu, keturunan keempat Sultan Abdul Hamid II. Pada 4hb Ogos 1979, dia menjadi keturunan pertama yang lahir di tanah asal leluhurnya iaitu Istanbul, Turki selepas 50 tahun pengusiran waris-waris kesultanan Ottoman.

Selama tempoh itu, Şehzade iaitu putera-putera diraja Turki yang lain lahir di negara luar seperti Perancis, Syria, Lubnan, Mesir, Austria, Jerman, Beirut dan England.

Yang bestnya pada 18hb Februari 2023 kat Malaysia, Abdülhamid Kayıhan Osmanoğlu join Mawlid Alam Melayu. Teruja dia tengok orang Melayu bersilat, membuka bunga tari warisan bangsa. Masa dia tengok ni mungkin ada terfikir, inilah pahlawan-pahlawan yang akan berjuang dalam kebangkitan akhir zaman esok.

Kedatangannya disambut oleh Guru Mursyid dalam Tarekat Naqsyaband ‘Aliyah & Kholidi: Ghausul Anam Syeikh Mohamad Zaid Dor Alfi Sani as-Sinny. Sambil mengucup keris, Tuan Guru berucap, “tak Melayu hilang di dunia, Ottoman will rise again!” Semangat la orang ramai. Memang terbaik!

Tahun 2021 yang lepas, Abdülhamid Kayıhan Osmanoğlu disambut meriah oleh rakyat Turki. Perjumpaan tu sempena memperingati tahuk ke-103 kemangkatan Sultan. Peminat dia ni bukan sikit. Ramai baq hang! Diorang siap ada persatuan lagi: Devlet-i Aliyye Ocakları yang bermaksud Pertubuhan Daulah Agung.

Perarakan dengan tema Khilafah Turki Uthmaniah ni dibuat depan Istanbul Mausoleum Abdul Hamid II. Rancak betul sambil diiringi janissary band yang melagukan Mehter, orkestra perang Ottoman.

BACA:

“Bakal suami tolong bungkus stok tudung untuk dijual sekali ini yang terjadi, sampai hati dia buat aku macam ni”

“Tiada laluan istimewa walaupun penceramah itu dikenali popular” – Pengerusi MAIS