Negara yang paling banyak rasuah di dunia, no.42 itu buat rakyat Malaysia mengeluh panjang

Oleh GEMILANGDAILY

Negara yang paling banyak rasuah di dunia, no.42 itu buat rakyat Malaysia mengeluh panjang.

Apabila bercakap tentang negara mana yang paling korup di Asia Tenggara, pasti ramai daripada kita dengan begitu bangganya mengatakan Malaysia tersangat korup.

Alasan yang sering diberikan adalah pemimpin makan rasuah, kroni, dan subcon sampaikan nak lepas daripada roadblock pun kita sanggup bagi duit kopi.

Negara yang paling banyak rasuah di dunia, no.42 itu buat rakyat Malaysia mengeluh panjang

Senang cerita korup ini tradisi kita kerana semenjak kecil kita telah didedahkan dengan korupsi.

Walau bagaimanapun segala tanggapan buruk kita terhadap negara sendiri sebenarnya adalah sama sekali.

Hal ini demikian kerana menurut indeks daripada Transparency International, Malaysia berada pada ranking ke-62 dengan mengutip 48 mata.

Kedudukan itu sekaligus meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling kurang korup di Asia Tenggara. Manakala tempat pertama menjadi milik Singapore.

Tapi masalahnya, kenapa ranking Malaysia lebih tinggi berbanding China, Hungary dan Bahrain? Padahal kita merasakan situasi korupsi di Malaysia sudah sangat teruk. Malah ada yang beranggapan Malaysia bakal mengikut jejak langkah Venezuela, Zimbabwe dan Sri Lanka.

Sebenarnya ranking dalam Transparency International dikira berdasarkan indeks persepsi rasuah melibatkan sektor awam di 180 buah negara. Jadi boleh dikatakan Korea Selatan dan chaebol terselamat walaupun K-Drama banyak memaparkan bahawa negara mereka tersangatlah korup.

Dari situ Transparency International akan berikan mata bermula dari 0 sehingga 100 kepada 180 negara. Bagi negara yang miliki mata paling sedikit, masalah korupsi adalah teruk. Kalau jumlah mata tinggi, negara itu kurang rasuah pula.

Macam mana pula dengan Malaysia? Menurut Transparency International, sejumlah 50 mata paling minimum diperlukan sebagai tanda masalah korupsi di sesebuah negara tidak kritikal. Malaysia memperoleh 48 mata iaitu dibawah 50 mata. Apa maksudnya? Masalah korup sudah mula membarah di negara kita.

Apa-apapun jangan risau, ada negara di Asia Tenggara yang lebih korup berbanding Malaysia. Antaranya adalah Kemboja yang menduduki ranking ke 144 dunia dengan hanya memperoleh 27 mata sahaja. Ranking itu menjadikan Kemboja menjadi negara Asia Tenggara paling korup sekali.

Tapi macam tak pernah dengar pula berita tentang masalah korupsi Kemboja menghiasi laporan media antarabangsa. Malah Indonesia yang digembar-gemburkan menjadi pilihan utama pelabur seperti Tesla turut berada di kedudukan lebih rendah berbanding Malaysia. Buktinya Indonesia menduduki ranking ke 98 dengan hanya memiliki 38 mata.

Persoalannya teruk sangat ke rasuah dan korupsi di Malaysia ni?

Biarpun ramai beranggapan budaya rasuah sudah menjadi darah daging kita, sebenarnya korupsi di Malaysia tidaklah seteruk yang disangka. Ya memang benar sektor awam kita sering digemparkan dengan korupsi. Malah agensi yang diharap mampu membersihkan Malaysia daripada rasuah juga turut terpalit dengan korupsi.

Tapi kalau teruk nak mendakwa kita ini memang gemar mengamalkan rasuah, itu memang terlalu melampau. Ini kerana sudah banyak usaha yang dilakukan untuk memerangi rasuah tetapi sekarang ini cuma tinggal diri kita sahaja. Tindakan kecil kita yang menolak rasuah pada peringkat paling rendah boleh memberi kesan baik kepada negara.

BACA: “Kenapa awak panggil saya puan ya? Nampak saya macam orang dah kahwin ke?” Pelanggan wanita ‘koyak’ dipanggil puan

“Satu hari kekasih abang telefon mak, tiba-tiba mak aku menangis sampai terduduk rupa-rupanya abang puncanya