Beli rumah cash tanpa ‘gangguan’ LHDN, ‘possible’ ke? Ini tekniknya

Oleh GEMILANGDAILY

Beli rumah cash tanpa ‘gangguan’ LHDN, ‘possible’ ke? Ini tekniknya.

Pertama kali apa yang kita kena faham adalah kenapa LHDN akan cari pembeli yang bayar cash tak kira lah beli kereta ataupun beli rumah.

Kalau anda nak beli rumah secara tunai dan tidak mahu LHDN cari maka anda kenalah isytiharkan pendapatan anda dan bayar cukai pendapatan setiap tahun.

Beli rumah cash tanpa 'gangguan' LHDN, 'possible' ke? Ini tekniknya

Sama ada anda bekerja ataupun berniaga sendiri jika anda bayar cukai pendapatan setiap tahun maka anda tidak ada masalah jika nak beli hartanah secara tunai sekalipun.

Sebab anda dah daftar dengan LHDN sebagai pembayar cukai dan mereka dah ada rekod dalam sistem mereka mengenai butiran peribadi anda terutama sekali berapa pendapatan anda.

Kalau gaji masih dibawah kadar tak perlu bayar cukai pendapatan maka tak perlu bayar.

Jika anda tak pernah bayar cukai pendapatan tiba tiba beli rumah secara tunai, mestilah LHDN akan pelik daripada anda dapat duit sebanyak itu untuk bei rumah dan bayar cash pulak tu.

Maka anda pasti akan dikejar oleh mereka sehingga anda terpaksa pergi ke LHDN untk selesaikan masalah tersebut.

Jadi kalau nak selamat dan bebas nak beli apa apa pun aset maka bayarlah cukai pendapatan anda setiap tahun.

Kecualilah duit yang anda beli rumah secara tunai itu bukan hasil daripada pendapatan anda seperti contohnya:

Dapat duit daripada kena pengambilan balik tanah oleh kerajaan
Dapat duit daripada pembahagian harta pusaka
Dapat duit daripada hasil hibah oleh ibu bapa anda
Dapat duit daripada menang apa apa peraduan
Jadi jika anda beli rumah secara tunai dengan hasil duit di atas anda hanya perlukan bagi bukti kepada LHDN.

Buktikan bahawa anda dapat duit tersebut daripada beberapa contoh di atas.

Jadi ia bukanlah hasil daripada kerja dan pendapatan bulanan ataupun tahunan anda.

Apa yang penting di sini adalah sesiapa pun ada duit dan nak beli apa apa harta secara tunai mestilah di isytiharkan ke LHDN.

Sebab apa tak boleh lari LHDN?

Apabila sesiapa yang beli rumah atau beli tanah wajib bayar duti setem.

Jadi sistem bayaran duti setem atau cukai pembelian hartanah inilah akan trace siapa yang beli hartanah, memang tak boleh lari la.

Rekod tetap kena buat walaupun ada promosi free duti setem dan sebagainya jika beli rumah.

Pengalaman saya sendiri adalah, setiap awal tahun LHDN akan minta senarai rumah yang telah terjual setiap tahun daripada pemaju.

Pemaju kena bagi semua detail nama pembeli ,alamat, nombor kad pengenalan, harga rumah.

Memang tak boleh lari ke mana mana jika ada beli hartanah. Kecuali beli tapi tak tukar nama dalam geran, duit dah bayar habis tapi geran tak perlu tukar.

Kira main percaya saja. Kalau guna cara ni memang LHDN tak akan cari.

Jadi kepada anda diluar sana kalau ada duit banyak tu dan nak beli aset secara tunai fikirkan dulu ya sebelum anda di cari oleh LHDN.

Kalau belum mula bayar cukai elok mulakan declare pendapatan anda mulai sekarang.

Kena bayar cukai pendapatan setiap tahun supaya senang nak buat loan rumah kalau pendapatan layak kena cukai.

Bank pun senang nak approve loan beli rumah kalau anda dah bayar cukai pendapatan setiap tahun.

Lebih untung beli rumah cash atau loan?
Tentunnya beli cash lebih untung sebab tidak perlu bayar interest dan tak perlu bayar bulanan

BACA:

“Bila dia tahu boleh kena penjara dan sebat kalau sabit kesalahan, nangis terduduk laki aku dikaki ku”

Ini senarai lelaki kaya bertambah kaya kerana COVID-19, bekas PM Malaysia termasuk dalam senarai?