“Kalau Da’i, Ustaz buat hal tahu sonyap!”, Pu Syed kena ‘sekolah’ dengan isteri pimpinan Bersatu, apa kes?.
Baru-baru ini, kenyataan PU Syed persoalkan ramai rakyat Malaysia berasa bangga dengan pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia,
Michelle Yeoh memenangi anugerah berprestij, Oscar telah mengundang rasa kurang senang banyak pihak.
Bukan saja netizen berasa berang dengan pendakwah bebas itu, malah pelakon Datin Elvina Mohamad turut meluahkan rasa meluat terhadap kenyataan PU Syed itu di Instagram Storynya.
Menurut Elvina, tidak salah untuk PU Syed mengucapkan tahniah terhadap kejayaan Michelle Yeoh daripada pertikaikan banyak hal.
Dalam pada masa yang sama, pelakon terbabit meluahkan rasa kesal kerana jika ada rakan seperjuangannya membuat hal, pendakwah tersebut tidak akan berkata apa-apa ataupun membuat sebarang posting teguran di platform media sosial.
Kalau para-para PU/DA’I/Ustaz buat hal, buat masalah takda pulak ustaz nak keluar kenyataan pape. Tau pulak sonyap!
Sekadar info, semalam tular satu kenyataan PU Syed ‘menasihati’ orang ramai untuk tidak berasa bangga dengan kemenangan Michelle Yeoh kerana ia sama sekali tidak memberi manfaat kepada urusan agama Islam
BACA:
Bagaimana Elon Musk menjadi sangat kaya di dunia? Rupa-rupanya licik juga cara dia ya