Boleh ke? Kita travel ke Korea Utara? Ini 5 benda yang korang tak boleh buat kat sana, kalau degil juga memang tak keluar la

Oleh GEMILANGDAILY

Boleh ke? Kita travel ke Korea Utara? Ini 5 benda yang korang tak boleh buat kat sana, kalau degil juga memang tak keluar la.

Kalau sebut pasal Korea Selatan, mesti korang terfikir Gangnam Style, Winter Sonata, Big Bang ataupun yang hot sangat baru-baru ni…

Descendant of the Sun. Tapi kalau sebut pasal Korea Utara pulak, teringat apa?

Boleh ke? Kita travel ke Korea Utara? Ini 5 benda yang korang tak boleh buat kat sana, kalau degil juga memang tak keluar la

korea-utara-selatan

Oleh kerana Korea Selatan ni dah terlebih femes di kalangan peminat K-Pop, jom kita cerita pasal Korea Utara pulak.

Korea Utara dan Selatan berpisah selepas Perang Saudara Korea pada 1950-an. Atas kertas, mereka masih lagi tengah berperang cuma tengah genjatan senjata. Perang ni bermula disebabkan perbezaan ideologi antara komunis (utara) dan kapitalis (selatan).

Korea Utara sering dikaitkan dengan rekod hak asasi kemanusiaan yang teruk dan disebabkan itulah ramai tak nak kawan dengan mereka. Walaupun reputasi tak berapa nak cantik, Malaysia masih mengamalkan hubungan diplomatik dengan mereka. For starters, kita tak perlukan visa untuk ke sana.

Pakai passport je dah lepas dan kalau korang plan nak gerak sana, pastikan segala pendapat korang pasal negara tu disimpan dalam hati, jangan luahkan sebab kat Korea Utara…

1. Penentang kerajaan boleh dipenjara selama 3 generasi!

Mereka Melancong Ke Korea Utara Dan Ini Pengalaman Yang Diperolehi -  Destinasi | mStar

Korea Utara ada penjara khas yang menempatkan ‘musuh politik’, dan yang paling femes adalah Kem 14 di dan Kem 18. Korea Utara sendiri menafikan kewujudan kem-kem ni tapi cerita ni diambil daripada banduan yang terlepas dan diterbitkan oleh The Comittee for Human Rights in North Korea (rujuk fail PDF) serta Christian Solidarity Worldwide (rujuk fail PDF).

Apa yang menggerunkan pasal kem ni adalah mereka menempatkan banduan selama 3 generasi. Maknanya kalau seseorang tu didapati bersalah, anak dan cucu dia akan dipenjara sekali sampai mati. Hukuman ni dijatuhkan kepada sesiapa yang cuba melarikan diri dari Korea Utara, penganut agama, atau sesiapa yang kantoi mempunyai pemikiran atau melakukan tindakan yang bertentangan dengan polisi parti.

Dalam kem, banduan akan dikerahkan untuk jadi pelombong di mana mereka akan bekerja dari 6 pagi sampai tengah malam, tiap-tiap hari. Takde EL, Annual Leave, atau MC.

Nak travel ke Korea Utara? 5 benda yang akan buat korang fikir dua kali |  SOSCILI

Kena seksa tu benda biasa. Banduan tak dibenarkan untuk berkumpul lebih dari tiga orang, tak boleh komplen, tak boleh ada hubungan romantik, dan tak boleh berangan akan kehidupan di luar penjara. Kalau kantoi, kena hukum tembak.

Makanan adalah dicatu, dan biasanya mereka cuma dihidang kubis masin dan jagung dua kali sehari.

korea-utara-selatan

Banduan yang terdesak terpaksa makan ular, katak, dan serangga. Ada yang mendakwa berlakunya kanibalisme tapi kami tak disahkan. Memandangkan penjara ni masukkan anak-anak sekali, mereka akan bersekolah kat situ dan belajar benda basic supaya boleh terus jadi buruh di lombong.

Bila dah mati ingat banduan boleh terlepas? Sorry sikit… hidup kat sana, kena tanam pun kat sana.

Pelacuran dan eksperimen manusia juga didakwa berlaku. Biasanya siapa yang ada rupa confirm akan jadi mangsa rogol.

Dorang akan dimandikan dan kemudian ditayang kepada mana-mana menteri yang singgah kat penjara tu. Lepas dah kena rogol, mangsa kemudian akan dihantar ke bilik special di mana mereka jadi bahan uji kaji saintis pula dan akhirnya dibunuh

Tapi kalau korang still nak pergi sana, mungkin ni beberapa perkara lain yang korang boleh expect…

2. Kalau melancong ke sana korang akan dapat bodyguard dan tour guide percuma

Nak masuk Korea ni bukan macam melancong ke negara lain. Nak masuk ke situ, korang kena join group (bukan group whatsapp ye) yang telah diaturkan oleh ejen perlancongan. Kami check kat Google, ada beberapa travel agency yang menawarkan khidmat ni, dan semuanya kena masuk melalui Beijing (klik sini untuk apply percutian ke Korea Utara).

Bas sekolah takde, kita naik lori je.

Bila dah sampai kat sana, mereka akan assign dua pemandu pelancong atau bodyguard secara percuma untuk setiap kumpulan.
Basically tour guide ni adalah pekerja kerajaan yang bertanggungjawab untuk keselamatan dan hiburan korang, yang paling penting mereka akan pastikan takde yang merayap jauh.

Kerajaan Korea Utara sangat mengutamakan imej negara dan caranya adalah merahsiakan aktiviti mereka.

Salah satu sebab kenapa kerajaan Korea Utara suka berahsia adalah sebab mereka sering dikaitkan dengan penderaan rakyat sendiri. Tapi tak semestinya korang tak boleh enjoy kat sana. Stereotype terhadap Korea Utara adalah, semua pemandu pelancong dan penduduk sana adalah ‘pelakon’. Maksudnya, mereka konon-konon berlakon jadi happy depan pelancong.

Tapi berdasarkan testimoni daripada beberapa pelancong, korang boleh bersembang dengan penduduk tempatan dan ambil gambar. Malah pemandu pelancong tak kacau sangat melainkan korang langgar protokol seperti pergi berdakwah atau kata pemimpin mereka tak bagus.

Lagi satu, korang tak boleh sesuka hati langgar itinerary yang telah ditetapkan oleh agensi pelancongan. Kalau dia suruh lawat tempat ni, korang kena pergi dan kalau fikirkan balik pun sebenarnya tak rugi kalau follow itinerary sebab tempat-tempat yang mereka bawa tu pun boleh tahan cantik juga (kalau korang jenis minat alam semula jadi dan bangunan yang tak dicemari dengan iklan).

A North Korean military officer gestures in front of a picture of the late North Korean leader Kim Il-sung in his youth, at the Kimilsungia-Kimjongilia exhibition hall in Pyongyang July 26, 2013. The event was held to commemorate the 60th anniversary of the signing of a truce of the 1950-1953 Korean War. REUTERS/Jason Lee (NORTH KOREA

Ada sorang pelancong ni bagitau walaupun tempat dia pergi semua tu best, dia tau tempat yang dia lawat telah ‘dicantikkan’ oleh pihak kerajaan semata-mata untuk menarik perhatian pelancong. Mereka takkan bawa korang pergi ke kawasan kampung, sebab mereka tau kawasan kampung sering jadi mangsa kekejaman kerajaan Korea Utara.

kim jong escobar

Malah ada sorang pelancong dari Amerika Syarikat dikenakan penjara dan kerja buruh selama 15 tahun sebab cuba curi poster propaganda dari hotel kat Pyangyong. Kami yakin poster propaganda tu hanya diperebuat dari kertas biasa dan bukannya kertas emas dan mamat tu walaupun tak kutuk kerajaan atau pemimpin Korea Utara, masih dikenakan hukuman berat. Fuh, hardcore betul kerajaan ni.

Kerajaan macam tu mesti strict gila kan pasal rokok, dadah, dan arak? Tak juga..

3. Ganja dibenarkan di Korea Utara tapi dadah lain tak boleh

Ganja atau lebih dikenali sebagai Yoksam kat sana boleh dibeli dan digunakan secara bebas kat Korea Utara. Malah berdasarkan beberapa pengakuan dari pelarian dan pelancong sana, ganja tumbuh dengan meliar dan kalau korang nampak pakcik makcik sana hisap ganja tu merupakan satu pemandangan yang normal.

Undang-undang Korea Utara samada membenarkan atau langsung tak kisah pasal penggunaan ganja. Malah ada yang melaporkan kat Rason, ganja boleh dibeli dengan harga RM1.50 untuk satu beg plastik kecil dan kalau korang nak hisap secara terbuka pun takde hal. Silap-silap tour guide korang pun join sekali #420.

Walaupun ganja dihalalkan, dadah-dadah lain tak dibenarkan sama sekali. So korang jangan menggatal nak try dadah jenis lain eh. Tapi benda ni macam kelakar pun ada jugak sebab kerajaan Korea Utara sampai sekarang dituduh menghasilkan dan menjual dadah kepada seluruh dunia. Cita-cita untuk jadi macam Pablo Escobar mungkin?

Kepada pembaca non-Muslim kami, mesti tertanya kan samada boleh minum beer ke tak? Ada je pub kata sana tapi korang kena berhati-hati sikit. Pastikan korang tanya pemandu pelancong korang dulu sebelum minum. Sebab ada setengah haribulan tu korang tak dibenarkan untuk minum alcohol.

Ada satu insiden ni di mana sorang askar Korea Utara kena tahan masa tengah minum beer sewaktu hari berkabung kematian pemimpin negara mereka. Mamat tu kemudiannya dikenakan hukuman mati sebab tak menghormati event tersebut.

Beer kat sana pula ada dua jenis, Nombor Satu adalah jenis beer yang telah dibuat secara khas untuk ‘Dear Leader’, manakala Nombor Dua adalah jenis beer untuk orang ramai dan kebanyakkan beer kat sana adalah buatan sendiri. Hanya yang berkemampuan je minum kat restoran.

Okay, cukup-cukuplah dengan hiburan. Kalau nak study kat sana pula?

4. Kurus nuclear physics kat universiti mereka bukan setakat teori OK

Baru-baru ni kerajaan Korea Utara telah membenarkan satu universiti kat sana untuk buat program pertukaran pelajar. Tapi, korang kena ikut gaya rambut yang dibenarkan oleh kerajaan dan hanya lelaki saje boleh apply. So untuk wanita, maaf lah ye. Memandangkan ni adalah program pertukaran pelajar, korang akan duduk kat sana selama satu/dua semester je.

North Korea school

Pyonyang International Technology University (PITU) berbeza dengan universiti lain kat Korea Utara sebab mereka ajar kursus mereka dalam bahasa Inggeris dan Korea.

api korang still kena maintain 28 gaya rambut yang dibenarkan oleh kerajaan dan kena berkawad macam askar walaupun korang ni pelajar biasa. Internet ada, tapi banyak kena block dan semua website korang buka akan diperhati oleh pihak kerajaan.

Setakat ni kami takde bukti kukuh untuk mengatakan kita ada pelajar Korea Utara kat sini (Korea Selatan ramai lah). Tapi kalau korang nak jadi hipster tak nak belajar kat Eropah, mungkin korang boleh apply kat Pyongyang International Technical University (PITU) dan kursus yang ditawarkan adalah bisnes, perundangan, kedoktoran, dan juga IT.

Kalau korang berpeluang untuk lawat universiti lain kat Korea Utara, mesti korang terperanjat dengan subjek yang mereka belajar. Contohnya kat Universiti Kim Il-Sung mereka menawarkan subjek Nuclear Physics, iaitu salah satu topik penting dalam membuat senjata nuclear.

Ye memang betul tempat lain pun ada belajar nuclear fizik tapi kat universiti PITU ni ada Hot Cell. Iaitu sebuah bilik khas untuk buat kajian pasal radioactive. Secara kebetulan pula, ketua pensyarah untuk fakulti nuclear ni ada jawatan kat HR di pusat kajian nuclear kerajaan iaitu sebuah cawangan dari Kementerian Pertahanan Korea Utara. Hmm…. sangat mencurigakan.

suspicious
Macam negara komunis yang lain, pelajaran kat sana ditanggung beres oleh kerajaan. Dorang belajar lebih kurang sama macam kita belajar kat sini iaitu matematik, sains, muzik, dan…. politik. Haa politik?!

Yup, pelajar di sekolah menengah kat sana akan diajar subjek politik tapi dalam subjek tersebut, mereka akan belajar macam mana Kim Il-Sung dan Kim Jong Il bersusah payah untuk negara. Macam subjek sejarah tapi fokus kat kebaikan pemimpin mereka je.

5. Pingat emas dalam acara “langgar hak asasi manusia”

Kepada sesiapa yang kenal Korea Utara, negara ni memang famous dengan perangai kekejaman.

Ingat orang biasa je ke boleh kena seksa dan masuk penjara? Orang berpangkat tinggi pun boleh tau, dan ni jenis pangkat menteri-menteri kerajaan dan bukannya ketua kelas ke apa. Pada tahun 2015, Bloomberg telah melaporkan bahawa lebih kurang 70 orang berpangkat tinggi telah dihukum mati sejak pemimpin baru mereka naik, Kim Jong Un pada tahun 2011.

Kim jong un mortar

Hukum mati tu tak pelik, tapi cara hukuman tu dilaksanakan lain cerita. Dua orang dari kementerian telah dikenakan hukuman mati dengan tembak. Bukan guna senjata biasa tau tapi dengan anti-aircraft gun. Korang tau meriam besar dibuat khas untuk tembak kapal terbang, haa yang tu lah. Alasan hukum mati?

Sorang tu tertidur dalam meeting dan sorang lagi sebab kasi proposal yang mempersoalkan kuasa Kim Jong Un. Kat sini kami kasi link gambar salah sorang tu kena tembak (PERHATIAN: 18SG).

Nak dramatik lagi? Kim Jong Un haritu menjatuhkan hukuman mati kepada pakcik dia sendiri atas tuduhan ‘cuba nak menggulingkan kerajaan’. Pelaksanaan hukuman pula macam dalam cerita Game of Thrones. Dimakan hidup-hidup dengan 120 anjing yang telah dibiarkan lapar selama 3 hari. Sumpah mereka ni psycho nak mati. Setakat ni takde saksi yang sanggup sahkan so kami tak boleh nak kata 100% betul tapi memandangkan Kim Jong Un sendiri keluar statement kata yang dia telah menjatuhkan hukuman mati kat pakcik dia dan TAK menafikan modus operandi membuatkan kami rasa cerita tu betul.

Eaten by loyal dog

Dengan cara hukuman yang kejam nak mampus ni mesti rakyat mereka memberontak kan? Korang silap… selain dari Penjara Kaechon, kerajaan Korea Utara telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan rakyat mereka tak boleh buat bising.

Langsung. Kat sana segala jenis aspek kehidupan penduduk akan di selia oleh kerajaan. Termasuk juga gaya rambut.

Semua negara tak kasi rakyat dia keluar tanpa kebenaran kan, tapi kat Korea Utara, nak pergi bandar lain pun kena ada kebenaran apetah lagi out station.

Contohnya, kalau korang duduk Johor pastu nak pergi Melaka, korang kena ada surat kebenaran dari kerajaan untuk travel.

Pastu phone hanya boleh buat panggilan tempatan je dan setiap call akan di intip oleh kerajaan. Tak cukup dengan tu, internet langsung takde melainkan untuk VIP kerajaan (tu pun bukan semua website boleh masuk).

Bila dah ditindas macam ni, mereka nak berpaling ke siapa pula, Tuhan la kan? Emm…sorry bro, agama pun diharamkan kat sana. Walaupun kononnya dalam undang-undang mereka membenarkan untuk menganut agama tapi dalam real life sesiapa yang menganut agama kena masuk penjara. Malah ada beberapa kes di mana pelancong dipenjarakan sebab terbawa buku agama.

Fuh boleh tahan padu juga mereka ni, ingatkan ‘mesra’ lah sangat..

BACA: 

Ke mana perginya harta kekayaan Pablo Escobar lepas kematiannya

Harta kekayaan Tun Mahathir RM188 billion? Banyaknya!