Cecah 300 orang rakyat Korea Utara bekerja di Malaysia? Macam mana mereka boleh keluar dari sana? Ini ceritanya

Oleh GEMILANGDAILY

Cecah 300 orang rakyat Korea Utara bekerja di Malaysia? Macam mana mereka boleh keluar dari sana? Ini ceritanya.

Malaysia disenaraikan antara negara yang secara tidak langsung menyokong rejim Korea Utara dengan membenarkan warganya bekerja di negara itu, lapor Wall Street Journal (WSJ) hari ini.

Kira-kira 300 warga Korea Utara dikatakan bekerja di Malaysia, menurut WSJ.

Cecah 300 orang rakyat Korea Utara bekerja di Malaysia? Macam mana mereka boleh keluar dari sana? Ini ceritanya

Jumlah itu mungkin sangat kecil berbanding dengan 50,000 warga Korea Utara yang dikatakan WSJ bekerja di seluruh dunia tetapi mereka nampaknya bekerja di bawah keadaan yang sama.

Selain bekerja di bawah keadaan seperti hamba, laporan itu mengatakan hanya sebahagian kecil daripada gaji diberikan kepada pekerja Korea Utara itu sendiri, dengan sebahagian besar dihantar ke Pyongyang.

Harian perniagaan itu melaporkan tentang bagaimana 1,000 warga Korea Utara yang bekerja di Mongolia sepatutnya memperoleh USD700 (RM2,800) tetapi hanya USD200 yang disalurkan kepada para pekerja. Baki USD500 dikatakan dibayar kepada pegawai Korea Utara.

Hampir 40,000 warga Korea Utara sedang bekerja di Rusia dan China, negara-negara komunis yang dahulu dan semasa yang merupakan sekutu lama rejim itu, yang kini dipimpin oleh pemimpin tertingginya Kim Jong-Un.

Amerika Syarikat telah berikrar untuk menyekat pergerakan pekerja Korea Utara dengan mengeluarkan arahan untuk menyenaraihitamkan individu yang dikenal pasti sebagai ejen untuk aktiviti tersebut.

Timbalan Pengarah Bahagian Asia Pemerhati Hak Asasi Manusia, Phil Robertson dipetik sebagai berkata bahawa AS “memimpin masyarakat antarabangsa untuk menghantar mesej yang jelas kepada pegawai peringkat pertengahan Korea Utara bahawa mematuhi arahan untuk melanggar hak boleh membawa akibat yang sangat negatif kepada mereka” .

Sementara itu, Malay Mail Online (MMO) melaporkan bahawa pekerja Korea Utara bekerja di Sarawak untuk kerja khusus dalam industri perlombongan arang batu.

Memetik kenyataan daripada Kerajaan pada 2014, portal berita itu berkata pekerja itu dibawa masuk di bawah perjanjian khas antara kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan Korea Utara.

“Tiada rakyat tempatan atau Sarawak akan berani mengambil pekerjaan berbahaya di lombong arang batu. Sebab itu kita perlukan pekerja asing. Dalam sektor perlombongan arang batu, hanya Britain, China dan Korea Utara mempunyai pekerja berkemahiran tinggi,” timbalan menteri dalam negeri ketika itu Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata, menurut MMO.

BACA:

Kenapa tingkap kapal terbang berbentuk bulat kat penjuru dia? Tak boleh petak ke? Ini sebabnya

Kenapa Nigeria negara sama kaya macam UAE tapi rakyatnya masih miskin? Ini puncanya