“Sibuk tabur benih tapi tak bertanggungjawab”, Gadis ini dedah perangai ayah taksub dengan parti ‘hijau’

Oleh GEMILANGDAILY

“Sibuk tabur benih tapi tak bertanggungjawab”, Gadis ini dedah perangai ayah taksub dengan parti ‘hijau’.

Ini sekadar luahan hati yang rasanya sudah tidak tertanggung lagi, kisah mengenai keluarga saya yang menjadi mngsa kehendak p0ligami ayah.

Kami adik beradik seibu sebapa seramai 12 orang, 11 orang lelaki manakala cuma saya seorang sahaja perempuan

"Sibuk tabur benih tapi tak bertanggungjawab", Gadis ini dedah perangai ayah taksub dengan parti 'hijau'

. Kami ini dilahir dan dibesarkan sebagai anak peneroka Felda disebelah pantai timur, dengan kuantiti adik beradik seramai pasukan bolasepak, jadi pahamlah bagaimana situasi kami semua ketika membesar.

Bermulanya kisah ayah nak berp0ligami ni semasa ayah bekerja sampingan sebagai security guard, jadi bermulalah perkenalan yang membawa kepada perkahwinan ayah yang ke-dua dengan mama (mama gelaran untuk ibu tiri kami).

Ayah maklumkan kepada ibu, ayah akan berkahwin dengan mama, dan ibu tidak boleh halang kerana lelaki mempunyai hak untuk berkahwin lebih dari satu.

Untuk pengetahuan semua, ibu saya teramat baik dan lurus orangnya, semua kehendak ayah dituruti, tidak lah pernah saya dengar ibu membebel marahkan ayah seperti tipikal ibu-mak lain yang selalu marahkan suami jika kemahuan disanggah.

Berlainan dengan ibu saya, dia sentiasa menurut perintah ayah walaupun sering melawan nasihat misi supaya ikat peranakan atau merancang memandangkan kami adik beradik kelahiran terlalu rapat dan semakin ramai. Tetapi ayah lebih awal dulu memarahi ibu jika ibu menyuarakan nasihat misi.

Kata ayah “Berd0sa hukumnya merancang anak, kerana menghalang pertambahan umat islam yang akan menjadi kekuatan dan penambah suara umat Islam kelak”

Semasa ayah ingin berkahwin dengan mama, ketika itu saya baru darjah 2 (8 tahun). Diusia semuda itu, apalah yang saya paham tentang p0ligami, apalah yang saya tahu tentang kehidupan yang lagi akan menambah garam kepada kehidupan kami sekeluarga.

Mama berkerja sebagai security guard juga ketika itu, mama ini masih anak dara lewat usia, datang dari keluarga baik-baik (pendapat saya sahaja sebab masa kenal mama, dia mejadii tudung labuh). Ayah dan mama berkenalan ditempat kerja kerana mereka bekerja ditempat yang sama.

Ibu yang diminta untuk pergi meminang sedangkan ketika itu ibu baru sahaja melahirkan adik, ibu menolak untuk pergi kerana masih dalam berpantang. Nenek sebelah ayah sanggup pergi meminang dan diteruskan pernikahan pada hari yang sama.

Nenek marah betul pada ayah, disumpah-sumpahnya ayah dihadapan kami. Nenek asalnya tidak mahu pergi, tetapi ibu yang meminta nenek sebagai ganti. Nenek sayangkan ibu, ibu ini yatim piatu, dulu tinggal dengan bapa saudara, nenek yang pergi pinangkan ibu untuk ayah.

Walau saya kecil, tapi saya seorang sahaja anak perempuan, jadi nenek selalu bercerita kepada saya urusan rumahtangga ibu dan ayah. Walau ketika itu saya lebih banyak angguk dari bertanya, sekarang saya memahami kenapa nenek saya yang alim tu boleh menyumpah seranah ayah saya, anaknya sendiri. Nenek juga benci betul dengan mama masa tu, tapi sekarang, ketika saya menulis ini, hubungan nenek sudah neutral dengan mama.

Pada permulaan perkahwinan antara ayah dan mama, mama terpaksa berhenti kerja kerana bunting pelamin, demi kemudahan mama isteri baru ayah, ayah sewakan sebuah rumah ditaman perumahan yang berdekatan dengan tempat kami tinggal (anggaran jarak 15-20km).

Namun, selepas kelahiran anak mama yang ke-3, (2 lelaki + perempuan), dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, sewa rumah yang semakin mahal, ayah membuat keputusan untuk membawa mama dan anak-anaknya tinggal bersama kami di rumah Felda tu.

Dirumah yang seluas nya sekangkang kera, ketika itu kami adik beradik masih 10 orang tambah ibu seorang, jadi seisi rumah sudah pun 11 orang belum ditambah ayah dan keluarga mama. Ibua saya berketawalah seorang diri bila nampak lori barang-barang mama sampai depan rumah.

Kami diarahkan ibu untuk kosongkan bilik adik beradik lelaki 2 hari sebelum mama masuk. Semua perabut dari almari, katil 2 tingkat, rak-rak buku, rak-rak kain semua dipindah samada kebilik saya bilik perempuan atau kelaluan kebahagian dapur.

Dirumah kami, bilik hanyalah ada 3, bilik adik beradik lelaki, bilik saya yang digunakan sebagai bilik solat juga, serta bilik ibu dan ayah. Ibua apabila mama mula pindah masuk kerumah kami, bilik adik-beradik lelaki terpaksa diberikan kepada mama, lagipun bilik itu lebih besar berbanding bilik saya.

Sebelum kejadian ini pun, adik beradik lelaki memang tidur bergelimpangan diruang tamu, bilik mereka itu hanyalah digunakan untuk menyimpan dan menyalin baju, serta tempat untuk meletakkan buku dan peralatan sekolah.

Maka dengan perpindahan mama kerumah menjadikan seisi rumah seramai yang adik beradik 10 orang ditambah anak mama 3 orang, ibu, mama dan ayah, jadi berjumlah 16 orang sebumbung pada ketika itu. 16 orang dengan 3 bilik satu bilik air. Bilik saya lah yang menjadi tempat adik beradik lelaki untuk menyalin baju, solat dan sebagainya.

Istilah privasi itu sudah tiada dalam hidup saya selepas itu. Saya memilih menyalin pakaian semuanya didalam bilik mandi termasuklah menyalin pakaian sekolah, seringkali pakaian sekolah basah dek jatuh diatas lantai. Kawan-kawan perempuan saya, didalam bilik mereka ada bilik mandi berasingan. Saya bilik berasingan pun tiada.

Perangai ayah ni bukan boleh dinasihat, bukan boleh ditegur, bila terasa diri terlalu berilmu yang melimpah ruah, terasa hebat dengan hal duniawi dan ukrawi, apa sahaja teguran pastinya dibidas, pastinya di marah semula kami adik beradik jikalau abang-abang ada yang menegur ayah tentang apa yang ayah nak buat.

Begitu jugalah nasib ibu, tidak dapat meluahkan walau sekelumit pendapat. Berkenaan hal penanaman semula Felda ni, ayah berkeras untuk usahakan ladang sendiri, katanya dia ada anak lelaki ramai, semua boleh bantu dia nanti. Buat apa susah-susah suruh felda buat, hmmmm… mengeluh panjang ibu dan abang-abang.

Perihal ladang ayah sampai ke pengetahuan pengurus Felda, ayah di beri amaran, jika tidak ditanam pokok yang baru dalam masa tiga bulan, tanah ladang akan dirampas oleh Felda. Masa tu baru nampak ayah bersungguh meminjam wang dari semua orang yang dia kenal, saudara, kawan-kawan, keluarga ibu, keluarga mama dan termasuklah nenek.

Akhirnya yang sanggup memberi pinjam adalah nenek, nasiblah nenek ada tanah bendang yang tak diusahakan, terpaksa dijual dengan harga murah, kerana mahukan wang secepat mungkin.

Semasa pembinaan rumah mama, mama sarat mengandungkan anak mama yang ke-4, rumah mama dibina dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Mestilah tidak adil, sebab anak mama semua kecil-kecil lagi masa tu, kami yang bersusun-susun ni bilik air nya cuma ada satu sahaja.

Disebabkan saya yang selalu lantang bersuara, saya meminta pada ayah untuk buatkan bilik tambahan untuk rumah kami, supaya bilik kami menjadi 4 buah, ibu pun menyokong cadangan saya tu, tapi kami dimarahnya bertubi-tubi katanya kami tak bersyukur.

Ya Allah, geramnya rasa hati, berbakul saya sumpah seranah ayah haritu, tapi menyumpah dibelakang sahaja. Didepan ayah, paling dasyat pun, saya palingkan muka dan berlalu pergi. Biarlah ayah dengan dunia perasan hebat tu.

Walhal begitu kehidupan kami sekeluarga, Allah kurniakan saya abang-abang yang bertanggungjawab, yang budiman dan mulia hatinya. Mereka mendahulukan segala keperluan ibu dan adik-adik dari kepentingan sendiri.

Abang yang sulung (Along) telah berhenti sekolah sejak darjah 6, mula berkerja di bengkel motosikal semasa usia 15 tahun, bekerja dari pagi bawa ke malam, kesemua gaji along diserahkan kepada ibu untuk belanja dapur dan juga bayar bil elektrik.

Along pernah terlibat dengan ddah dulu, tapi sekarang sudah berhenti sepenuhnya, hanya bergantung kepada program methad0ne kerajaan dan berbayar jika berkemampuan. Jika tiada wang untuk membeli methad0ne, dia perlu beratur seawal pagi di klinik daerah untuk mendapatkan methad0ne.

Manakala, 2 orang lagi abang, De dengan Chik, masing-masing kerja di pasar mini dan carwash. Sepenuhnya gaji mereka digunakan untuk bantuan duit belanja dan yuran sekolah adik-adik. Mereka keduanya bersekolah sehingga tingkatan 2 sahaja, apalah kerja dapat dibuat dengan kelayakan yang mereka ada.

De bekerja di pasarmini, gaji pula dibayar ikut hari, jika cuti, tiadalah gaji, semestinya tidak menyimpan kerana gaji dibayar hari. Duit hari-hari dibagi pada ibu, keperluan sendiri memang diabaikan.

Chik pula bekerja di carwash, gaji ikut bilangan customer, kalau customer ramai, ikut gaji basic (RM 45 sehari), tapi kalau customer kurang, musim hujan, dapatlah kadang RM20-RM30 sahaja. Pun duit gaji Chik diberi kepada ibu, Cuma sedikit wang diambil untuk simpan buat bayar motor yang digunakan berulang alik ke tempat kerja.

Abang-abang saya pula yang runsing pasal duit dan belanja harian jika gaji tidak menentu. Ayah pula sibuk kehulu kehilir membawa bendera. Tak usahlah ayah sibuk mengibar bendera hijau tu, kalau anak sendiri pun tidak terurus.

Abang saya Angah berperangai lain sedikit berbanding abang-abang yang lain. Saling tak tumpah seperti ayah, gatal nak berkahwin walau diusia masih muda. Kerja hanyalah sebagai jaga. Dengan simpanan tiada, duit sepenuhnya dihabiskan untuk keperluan sendiri. Tidak difikirkan adik beradik yang lain.

Yang dia tahu, habiskan semua wang gaji untuk kegunaan sendiri. Bila nak kahwin, merayu-merayu minta bantuan Along, untuk bantu sedikit wang hantaran. Usaha dengan susah payah minta ibu dan ayah pergi meminang anak dara orang. Wang hantaran RM10k, boleh pula angah minta ibu dan ayah minta diskaun, (eh angah, engko ingat ni beli baju ke ade diskaun-diskaun!!)

Ibua mereka berdua memilihlah untuk duduk serumah dengan kami kerana mereka takkan mampu untuk menyewa dengan angah tiada simpanan, kakngah pula tidak bekerja.

Ibua kronologi mudahnya, selepas mama pindah keluar dari rumah kami, si kakak ipar pula datang duduk bersama. Sesudahnya, bermulalah episode bilik tidak cukup, berebut bilik air itu selalu, sehingga saya sering malas pulang kerumah sesudah habis sekolah, serabut dengan rumah yang terlalu ramai. Penat nak hadap semua ni.

Kakak Ipar berjanji untuk bekerja demi membantu angah, namun rezeki anak memihak kepadanya, dia bunting pelamin. Belum sempat dia mencari kerja, dia sudah mula mabuk-mabuk dan keletihan.

Urusan kerja rumah, sememangnya dia tidak dapat membantu, kerana alahannya sangat teruk, dia langsung tidak dapat bangun dari katil, sering muntah dan lesu sepanjang hari. Ibu terpaksa hantar mkanan kepadanya didalam bilik, begitulah sehari-hari.

Saya memahami, dia bukan sengaja untuk tidak membantu urusan rumah, dia sangat letih dengan kandungannya, Angah pula tidak banyak membantu. Saya bukanlah nak marah atau apa, Cuma kadang-kadang terasa amat letih, kerana hanya saya sahaja ibu harapkan untuk menguruskan rumah.

Perihal adik-adik saya, mereka menguruskan baju dan beg sekolah sendiri, tidak meminta bantuan ibu atau saya. Adik-adik yang besar membantu mengosok pakaian adik-adik yang lain. Mereka sangat berdikari, abang-abang saya juga baik hatinya.

Selalu belikan saya topup, apa yang saya perlukan, saya hanya perlu minta, samada cepat atau lambat, mereka akan belikan untuk saya. Sebab kebaikan mereka pada saya, saya tak pernah berkira jika saya susah dan letih untuk mereka.

Along pula berlembut orangnya, baik hati serta sayangkan anak sedara. Ibu pun sama, sayangkan cucunya, tak kisahlah kalau perangai angah tu melampau batas.

Gaji yang sedikit digunakan untuk tukar henpon baru, paling terbaru ni dengar-dengar duduk main judi internet. Duit gaji dihabiskan untuk beli matawang judi tu. Keperluan anak isteri memang diletak tepi. Tidak peduli kalau anak isteri itu cukup mkan atau tidak.

Yelah, kenapa nak peduli, sewa rumah tak perlu bayar, mkan minum tak perlu keluar sesen pun, keperluan anak langsung diharapkan along. Lebih baik kakak ipar tu berkahwin dengan along, dari berkahwin dengan angah, tabur benih sahaja yang pandai.

Mujurlah kakak ipar itu seorang yang baik dan tidak kisah, tidak peduli dengan keperluan sendiri, sepatutnya angah bersyukur tahu dapat isteri seperti kakak ipar.

Tapi itulah, kadang-kadang nak marah serba tak kena, angah dengan kakak ipar ni kadang-kadang cetek juga pemikiran nya, tapi siapalah kita nak menidakkan rezeki yang Allah swt nak beri. Anaknya baru usia 4 bulan, sudahnya kakak ipar mengandung pula. Bila dah mengandung, bermula semula perihal mabuk-mabuk dan segala keletihan. Urusan anaknya digalas dibahu ibu dan saya.

Kadang-kadang adik lelaki yang mandikan anaknya yang baru berapa bulan tu ketika saya dan ibu tiada dirumah. Kalau ada masa ibu sibuk atau tidak berapa sihat, saya lah yang ditunggu dari balik sekolah untuk mandikan anaknya.

Kadang-kadang tengah malam, anaknya menangis kuat, angah dan kakak ipar tak bangun untuk buatkan susu, boleh dipekakkan telinga menahan bunyi tangisan anaknya itu. Saya yang sebelah bilik pun tersedar, saya paham, dulu saya yang bangun buatkan susu, jadi sekarang saya juga yang harus buatkan.

BACA:

Dah tak tahan lagi, Soffi Jikan akhirnya dedah apa yang berlaku di set sampai Aaron Aziz dibuang

Cecah 300 orang rakyat Korea Utara bekerja di Malaysia? Macam mana mereka boleh keluar dari sana? Ini ceritanya