Caprice fitnah Dr Mujahid ada kaitan dengan LGBT, sekali jawapan bekas Menteri Agama buat Caprice ‘terciduk’

Oleh GEMILANGDAILY

Caprice fitnah Dr Mujahid ada kaitan dengan LGBT, sekali jawapan bekas Menteri Agama buat Caprice ‘terciduk’

Tegas bekas Menteri Agama itu, kerajaan tidak pernah mengiktiraf golongan terbabit selain akan mengambil tindakan kepada mereka yang melakukan kesalahan berkaitan perkara tersebut.

Umum mengetahui, baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu perhimpunan dan perarakan yang dipanggil sebagai Women’s March 2023 di sekitar Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Caprice fitnah Dr Mujahid ada kaitan dengan LGBT, sekali jawapan bekas Menteri Agama buat Caprice 'terciduk'

Walapun perhimpunan itu dilakukan sempena Hari Wanita pada tahun ini, tetapi ia mencetuskan kontroversi apabila ada segelintir peserta dilihat membawa plakad yang menyokong cara hidup songsang iaitu LGBT.

Tidak melepaskan peluang, selebriti dan penyanyi rap, Caprice atau lebih dikenali sebagai Tiger of al-Quds turut bersuara mengenai isu terbabit.

Caprice dakwa bekas Menteri Agama dan Menteri Kesihatan bantu LGBT

Menerusi hantaran video di laman Instagram miliknya, Caprice mendakwa bahawa bekas Menteri Agama, Datuk Seri Mujahid Yusof dan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa sentiasa memberi bantuan kepada golongan berkenaan.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, Caprice dilihat telah menyelitkan beberapa petikan video yang mengaitkan Mujahid dan juga Zaliha dengan golongan tersebut.

“Sepatutnye bersyukur ada pemimpin kita dulu dan sekarang sentiasa cuba bantu dia orang… Tak patut protes,” tulis Caprice para ruangan kapsyen.

Bekas Menteri Agama nafikan, dakwa fitnah dan bohong dari Caprice
Bagaimanapun, Mujahid menafikan dakwaan tersebut selain mengatakan kenyataan yang diberikan oleh Caprice adalah bohong dan fitnah semata-mata.

Sehubungan dengan itu, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk berbahas mengenai isu tersebut secara langsung di TikTok Live pada malam semalam (15 Mac).

Menerusi rakaman ‘TikTok live’ yang dikongsikan di laman Twitter @ReeNGaston, kelihatan Mujahid membidas semua dakwaan Caprice yang mengatakan beliau menyokong serta membantu golongan LGBT.

Kerajaan tak pernah iktiraf golongan LGBT

Tegas Mujahid, kerajaan tidak pernah mengiktiraf golongan terbabit selain akan mengambil tindakan kepada mereka yang melakukan kesalahan berkaitan perkara tersebut.

“Tetapi kita tidak akan menghalang mereka untuk berdialog supaya mereka kembali (kepada fitrah asal) dan kita berdakwah kepada amalan songsang mereka,” jelasnya.

Bantu untuk keluar dari dunia LGBT bukan bantu bela nasib mereka
Menurutnya lagi, definisi bantu adalah dengan niat menolong golongan terbabit untuk keluar daripada kehidupan songsang dan bukannya membantu dengan membela mereka daripada terus hanyut dalam dunia LGBT.

Berkongsi lanjut, Mujahid juga menjelaskan bahawa isu bersalaman dan berdiri bersebelahan transgender seperti yang dibangkitkan oleh Caprice juga tidak menjadi masalah atau sesuatu perbuatan yang berdosa.

Susulan perkongsian video perdebatan tersebut, rata-rata pengguna Twitter mengecam tindakan Caprice yang menurut mereka telah memfitnah bekas Menteri Agama itu.

Pada masa sama, mereka juga mengatakan Caprice hanya mampu terdiam di saat dirinya mendengar penerangan dan penjelasan yang diberikan oleh Mujahid.

Namun, berdasarkan pemerhatian kami, tiada hujah dari Caprice yang dikongsikan di dalam rakaman dan bebenang tular tersebut. Tidak pasti sama ada dia langsung tidak menjawab atau ia hanyalah sebuah rakaman yang telah disunting dan dipotong yang hanya memihak kepada sebelah pihak.

Semakan kami di Instagram Caprice pula, beliau seolah-olah tetap menafikan yang dia telah memfitnah Mujahid.

Bagi membuktikan kata-katanya, dia turut memuat naik satu video lama di mana Mujahid sedang mengulas mengenai LGBT sewaktu masih bergelar Menteri Agama.

Terdahulu Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im menasihati orang ramai agar sentiasa akur dan menghormati kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Apa-apa usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan nilai Islam dan fitrah insan adalah tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

BACA:

“Lain macam mesra diorang ini”, rupanya gadis ini punca Diana Danielle minta cerai dengan Farid Kamil?

“Rahsia suami terbongkar, aku pukul suami depan anak, rupa-rupanya selama ini kerja suami belakang aku”