Tali pinggang dalam kapal terbang sebenarnya bukan untuk keselamatan yang ramai tak tahu, ini fungsi sebenarnya.
Isu kehilangan pesawat MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia tetapi baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita yang menyedihkan buat warga Indonesia
khususnya apabila sebuah pesawat Lion Air JT 610 penerbangan Jakarta-Pangkalpinang telah terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat pada 29 Oktober lalu.
Pesawat nahas itu membawa penumpang dan kru seramai 189 orang dan kesemua mangsa tiada yang terselamat.
Menurut berita yang dikeluarkan di Astro Awani sebelum ini, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas)mengeluarkan kenyataan bahawa kebanyakan mayat tidak timbul di permukaan air kerana masih terikat pada kerusi pesawat selepas ia terhempas.
Seorang pengguna twitter telah memuat naik status bagi memberi respon kepada kenyataan yang mengatakan kebanyakan mangsa terikat pada kerusi pesawat itu.
Wanita ini pernah diberitahu oleh seseorang bahawa tujuan sebenar penumpang memakai tali pinggang keledar semasa berada dalam pesawat bukan hanya sekadar untuk tujuan keselamatan tetapi ia turut membantu memudahkan mayat ditemui apabila berlakunya kemalangan. Benar atau tidak, ia tidak dapat dipastikan.
Dalam kemalangan pesawat, kebanyakan penumpang akan meninggal dunia
Kenyataan mengarut!
Sudah tentu ada netizen tidak bersetuju dengan status wanita ini
Wajib pakai tali pinggang keledar
Apa yang pasti, netizen ini berpendapat semua penumpang wajib memakai tali pinggang keledar didalam pesawat dan perlu mematuhi isyarat yang diberikan.
Komen daripada seorang juruterbang
Netizen yang merupakan seorang juruterbang turut memberi komen pada status twitter wanita ini. Apa yang difahaminya, tujuan pemakaian tali pinggang keledar dalam pesawat sudah tentu untuk mencegah daripada kecederaan yang serius apabila berlaku kemalangan.
Pasang pelampung pada kerusi pula
Malah ada netizen yang mnecadangkan agar pelampung turut dipasang pada kerusi pesawat agar ia mudah terapung apabila berlaku kemalangan pesawat terhempas di dalam air.
Kegunaan jaket keselamatan mungkin tidak praktikal dalam situasi kemalangan yang berlaku dalam sekelip mata seperti yang berlaku pada penumpang pesawat Lion Air JT 610.
Apa-apa pun, pakailah tali pinggang keledar ketika berada dalam pesawat bagi tujuan keselamatan dan mengelakkan kecederaan fizikal yang lebih serius. Selebihnya, berserahlah kepada Tuhan sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini
BACA:
Pakai kereta buruk, baju pun lusuh tapi boleh kumpul RM1.2juta, rupanya ini kerja 3 beradik ini