Tahukah anda? Jika sampah makanan dikumpul seluruh negara boleh penuh menara KLCC!
Hanya dalam tempoh dua minggu sikap buruk rakyat Malaysia yang suka membuang sisa makanan mampu memenuhkan setiap ruang dalam Menara Berkembar Petronas.
Pengasas Bersama What a Waste, Alvin Chen berkata pembaziran ini sewajarnya dihentikan dan ia merupakan tanggungjawab semua pihak.
“Bayangkan setiap dua minggu jumlah makanan yang dibuang oleh rakyat Malaysia boleh memenuhi Menara Berkembar Petronas, sehingga penuh setiap tingkat.
Makanan dibuang rakyat Malaysia boleh penuhi Menara Berkembar Petronas
“Manakala, jumlah makanan dari segi tan memadai untuk menghapuskan kebuluran atau poverty hunger. Kalau kita fahami konsep ini kita sedar bahawa kesejahteraan bumi adalah misi semua pihak,” katanya dalam program Agenda AWANI.
Oleh itu, Alvin berkata tanggungjawab menghentikan pembaziran ini mesti digalas semua pihak dalam rantaian makanan dalam negara. Ini termasuk pembuat dasar sehinggalah pengguna akhir.
Dalam pada itu, Alvin juga menggesa pengguna bersikap sensitif dengan makanan yang dibeli.
@501awani Pengasas Bersama What a Waste, Alvin Chen berkata dalam masa dua minggu rakyat Malaysia membuang sisa makanan yang boleh memenuhi ruang dalam Menara Berkembar Petronas. #AWANInews #AgendaAWANI ♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾
Katanya, pengguna perlu memastikan makanan yang dibeli sesuai dengan keperluan dan tidak dibazirkan.
BACA:
Kenapa pada zaman 80-an banyak lagu diharamkan oleh RTM? Ini puncanya